Hah!!! Pandai pulak dia nak selesaikan kes tu diluar mahkamah ye. Dulu, masa dia tabur fitnah tu, tak de pulak dia fikir pasal semua benda tu. Dia main cakap ikut sedap mulut dia je.
Kalau hari tu, kes saman fitnah yang difailkan oleh Raja Nong Chik GAGAL mencapai keputusan untuk diselesaikan diluar mahkamah sebab Si Nurul Izzah tu enggan memenuhi syarat - syarat yang ditetapkan.
Kali ini berkaitan dengan saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Salleh, Bekas Pengerusi NFCorp pulak. Pun diorang nak selesaikan kes tu diluar mahkamah jugak ke?
Biarpun mediasi kes saman fitnah yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu telah dicadangkan oleh pihak mahkamah, ianya tak sewajarnya dilakukan. Sebaliknya, kes tu perlu terus dibicara dimahkamah.
Datuk Seri Mohammad Salleh tidak perlu tunduk dengan begitu mudah. Dia perlu menegakkan Kebenaran dan membuktikan yang dirinya telah difitnah oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Dan bagi pihak Si Nurul Izzah tu pulak, jika dia rasa dia tak buat fitnah, maka dia pun perlu tolak cadangan dari pihak mahkamah tu. Tak payah la dia nak cuba melarikan diri pulak!!! Berani la kerana benar, jangan setakat pandai buat cerita yang bukan - bukan je!!!
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mencadangkan supaya kes saman fitnah Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) berhubung kenyataan pembelian lapan unit kondominimum diselesaikan secara mediasi.
Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili Mohamad Salleh memberitahu media bahawa Hakim Hue Siew Kheng membuat cadangan itu selepas kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini.
Wan Shahrizal berkata plaintif dan defendan akan berbincang berhubung proses mediasi itu dan mahkamah menetapkan 17 April ini untuk pengurusan kes bagi memaklumkan perkembangan berhubung proses itu.
Beliau berkata sekiranya kedua-dua pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan 4 hingga 6 Ogos untuk perbicaraan kes saman itu.
Pada 24 Disember tahun lepas, Mohamad Salleh, yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan syarikatnya itu memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa Nurul Izzah membuat satu kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang menyatakan beliau (Mohamad Salleh) membeli lapan unit kondominium di KL Eco City menggunakan dana awam yang disalurkan kepada NFCorp.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.