Fuh!!! Kalau ikut kata puak - puak Pakatan Haramjadah tu ye tak. Kira kejam sungguh la pihak kerajaan ni ye. Tak de lansung nak membantu rakyat kalau tengok gayanya.
Macam - macam dakwaan dan tuduhan yang diorang lemparkan terhadap usaha Kerajaan ni. Tapi, benda macam ni tak de pulak diorang nak cerita pada umum.
Dalam 20 ribu orang penerima pinjaman tu, sebanyak RM 200juta telah pun disalurkan bagi membantu membangunkan perniagaan dikalangan usahawan Melayu.
Pun masih lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak tuduh yang Kerajaan tak de lansung membantu rakyat dalam mengembangkan ekonomi mereka sendiri?
Kalau setakat bercakap kosong je baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Hakikatnya, diorang kerja satu hapah pun tak buat nak membantu rakyat. Asyik sibuk nak berjuang demi kepentingan diri sendiri je. Bukannya diorang buat untuk orang lain!!!
KUANTAN – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan kira-kira RM202 juta nilai pinjaman yang dimanfaati oleh 19,735 usahawan di Pahang.
Setiap usahawan dengan itu, masing-masing memanfaati pinjaman bernilai purata kira-kira RM10,200, dan penyaluran ini ialah bagi tempoh 16 tahun ini sejak 1998 hingga Februari lepas.
Angka-angka positif ini diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media sempena Majlis Pelancaran Program Jelajah Informasi Usahawan Negeri Pahang yang disempurnakannya pada petang Rabu, 12 Mac di sini.
“Saya tertarik dengan angka yang baharu sahaja saya dapat berhubung dengan penyaluran pinjaman TEKUN ini. Sebagai contoh, dari tahun 1998 sehingga Februari 2014, negeri Pahang menerima manfaat sebanyak RM201,971,500 dinikmati oleh 19,735 usahawan.
“Besar jumlah, bilangannya ini. Jadi, kita tidak nampaklah bagaimana usahawan-usahawan ini boleh gagal. Bahkan, kita hanya nampak bagaimana usahawan-usahawan ini mesti berjaya,” katanya.
APA PAKATAN BUAT UNTUK MENOLONG RAKYAT. SELAIN MENJAGA MASALAH PERIDADI NUAR JUBO.
BalasPadam