Tengahari tadi, Si Ketua Penipu tu tidak menolak wujudnya perbincangan untuk menjadikan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.
Bagaimanapun, dia tetap enggan mengulas lanjut dan berkata perkara itu akan dibincang di peringkat pimpinan PKR Selangor, terlebih dahulu.
"Hal itu mereka akan bincangkan melalui (pimpinan) negeri. Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang. Langkah Kajang masih diteruskan. Yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam Kak Wan yang juga Presiden PKR, memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang setelah memperolehi majoriti sebanyak 5, 379 undi menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Sebaik sahaja wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh mengumumkan peletakan jawatannya, Si Ketua Penipu tu bingkas diumumkan sebagai calon bagi PRK DUN itu, walhal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan apa-apa tarikh pilihan raya.
Serentak itu PKR mengumumkan misi Langkah Kajang kononnya untuk mengukuhkan parti di Selangor bagi menghadapi serangan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengesahkan Langkah Kajang adalah usaha untuk membolehkan Si Ketua Penipu tu menggantikan Khalid.
Namun perancangan PKR tergendala apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Si Ketua Penipu tu bersalah atas tuduhan liwat dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.
Sebaik sahaja dia hilang kelayakan bertanding, PKR menamakan Kak Wan sebagai calon biarpun sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu isterinya itu ingin bersara dan melayan cucu di rumah.
Kak Wan sepanjang tempoh berkempen enggan mengulas jika ditanya adakah misi menggantikan menteri besar yang dirancang menerusi Langkah Kajang akan diteruskan lantaran Anwar tidak lagi layak menjadi ADUN Selangor.
Assalammualaikum wmt,
BalasPadamTak payahlah Nuar nak fikirkan masa depan politik PKR lagi.
Tumpukanlah kpd amal yg akan dilakukan dlm penjara nanti.
Insaflah dan bertaubatlah.
Nuar boleh tipu siapa saja. Tapi yg Nuar tak akan mampu tipu ialah diri sendiri.
Ingatlah bahawa tidak akan gugur sehelai daun dari rantingnya tanpa keizinan dan pengetahuan Allah swt.
Sementara Allah swt berikan usia yg berbaki, bertaubat nasuha adalah jalan terbaik.
Kelanjutan usia itu petanda Allah swt memberikan peluang untuk taubat.
Wallahhua'lam.
kan memang dari awal dirancang utk tolak khalid.. so.. buat je..
BalasPadamkalaulah wan azizah jadi menteri besar , semua kaum hawa di selangor dikehendaki pakai sarong tangan ala mikel jackson dan kipas lipas ala wayang cina...
BalasPadam