Heh! Kalau ikut kata Si Ketua Penipu tu sebelum ini, Rafizi hanya tanya soalan je mengenai isu perjanjian MoU Air Selangor tu. Bagi dia, Si Rafizi tu bukannya buat dakwaan.
Nah!!! Yang ini pun satu bentuk soalan jugak ke? Dah terang - terang Si Rafizi tu cuba memburuk - burukkan lagi imej Si Khalid Ibrahim tu secara terang - terangan.
Mungkin sebab Si Rafizi tu bengang kerana dikantoikan oleh Khalid depan Si Ketua Penipu tu, maka dia mula la buat dakwaan kononnya Khalid tak bincang isu tu dengan Exco Negeri.
Sebaliknya kata Si Rafizi, Si Khalid tu hanya ambik tindakan tanpa merujuk kepada mana - mana Exco yang ada. Kiranya Si Khalid tu ambik tindakan secara bersendirian.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berbincang dengan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebelum menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Putrajaya.
Rafizi mendedahkan salah seorang Exco kerajaan negeri memberitahunya sehingga kini masih belum melihat lagi kandungan MoU tersebut.
"Saya hanya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Faekah dan dilaporkan media. Saya tanya Exco sendiri dan dia sendiri kata sampai hari ini beritahu belum melihat MoU yang ditandatangani," katanya, tetapi tidak mendedahkan nama Exco terbabit.
Persoalannya, jika benar Si Rafizi tu tidak berniat untuk memburukkan imej serta integriti Si Khalid Ibrahim tu secara terang - terangan, kenapa dia tak dedahkan nama Exco berkenaan?
Kenapa dia hanya menjadikan dakwaan tersebut sebagai satu tanda tanya dikalangan masyarakat mengenai tujuan sebenar dia mendedahkan perkara tersebut?
Dari satu sudut, memang jelas tindakan Si Rafizi ni merupakan satu tindakan yang sengaja dilakukan bagi memburuk - burukkan lagi kredibiliti serta imej Si Khalid tu sebagai seorang Menteri Besar. Jadi tak payah la Si Ketua Penipu tu cuba nak coverline pulak!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.