Laluan Bypass Gebeng - Sungai Ular diliputi asap |
Inilah diantara ujian Allah kepada manusia diatas muka bumi ni. Sebahagiannya diberikan banjir besar. Sebahagiannya pula diberi kebakaran seperti dibawah.
Apa yang pasti, pihak keselamatan dari pasukan Bomba dan Penyelamat berhampiran bertungkus lumus untuk memastikan kebakaran tersebut tidak merebak. Sama - sama kita doakan semoga usaha mereka diberkati Allah S.W.T.
KUANTAN - Berikutan cuaca panas yang melanda seluruh Negara pada ketika ini, satu kejadian kebakaran Hutan Bakau di Gebeng dilaporkan berlaku sejak petang semalam.Biarpun kebakaran tersebut sedikit reda malam semalam, namun ianya kembali merebak hari ini dan dilihat mula menghampiri kawasan perindustrian Gebeng.Namun walaubagaimana pun, anggota keselamatan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus lumus mengawal kebakaran tersebut dari memasuki kawasan perindustrian yang berhampiran.Status terkini, asap tebal mula kelihatan menyelubungi sekitar kawasan sehingga ke kawasan Laluan Pintas diantara Gebeng dan Sungai Ular.Dari makluman pihak keselamatan Bomba dan Penyelamat, keadaan bertambah rumit dengan adanya angin kencang yang bertiup dari arah laut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.