Kemerosotan undi Wan Azizah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang, benar-benar memalukan PKR. Nampaknya, penyokong PR di Kajang lebih mempercayai seorang yang merupakan 'nobody' daripada Presdien parti sendiri.
Ketidakyakinan rakyat terhadap Wan Azizah bukannya tidak berasas. Selama ini Wan Azizah diketahui sebagai boneka Anwar semata-mata dan tidak tahu berbuat apa-apa.
Malah, Wan Azizah sendiri, tanpa berselindung mengakui, tidak tahu bagaimana untuk menangani kemelut antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali, yang mana merupakan masalah utama PKR Selangor sedangkan beliau adalah Presiden parti.
Ketika 'disuruh' bertanding di Kajang juga, Wan Azizah mengaku tidak tahu menahu mengenainya dan agak keberatan untuk kembali aktif berpolitik.
Bayangkan, apa jenis Presiden yang tidak tahu apa-apa dan boleh disuruh-suruh? Bagaimana Wan Azizah boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor, jika begini sikapnya?
Selangor adalah negeri yang paling 'penting' dalam Malaysia, sekali gus menjadikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan negeri jauh lebih sukar berbanding negeri lain. Hampir semua isu penting dalam negara datangnya dari Selangor.
Selangor hari ini berhadapan dengan begitu banyak masalah, antaranya, masalah air, denggi, jalan yang tidak diselenggara, pusat hiburan yang tumbuh tanpa kawalan, masalah moral anak muda, masalah murtad, isu kalimah 'Allah', isu harga hartanah yang melambung tinggi, isu jurang ekonomi antara kaum yang semakin luas serta isu perkauman.
Bagaimana Wan Azizah dapat menyelesaikan isu ini yang mana Khalid Ibrahim juga tidak mampu? Apakah cukup dengan hanya menyalahkan BN atau UMNO?
Ini belum lagi diambilkira pengurusan kewangan Selangor yang pastinya memerlukan pengetahuan ekonomi serta ketegasan yang tinggi untuk menangani persepsi atau mungkin juga hakikat bahawa Selangor kini dikuasai kontraktor dan peniaga DAP.
Apakah Wan Azizah mampu melakukan semua ini dalam keadaan di mana suaminya berhadapan dengan penjara dan anaknya pula mempunyai masalah rumahtangga? - #Taipingmali
PS: Heh! Mampu ke dia nak selesaikan semua masalah tu nanti? Sedangkan nak selesaikan masalah keluarga dia sendiri pun dia tak mampu, nak selesaikan masalah Negeri apatah lagi. Memang jahanam la jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.