Spekulasi mengenai penglibatan juruterbang utama pesawat MH370 masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini oleh pihak media antarabangsa.
Hari ini satu lagi pendedahan yag menggemparkan turut dilapor oleh The Daily mengenai hubung kait dengan juruterbang terbabit.
Katanya, sehari sebelum juruterbang tu dijadualkan bertugas, dia dah bawak anak - anak dan isteri dia keluar dari rumah tanpa memberi tahu kepada pembantu.
Banyak spekulasi tentang kehilangan pesawat Mh370 yang hilang sejak 10 hari yang lalu. Positifnya banyak spekulasi dibuat oleh akbar luar negara bukannya akhbar di Malaysia.
Menurut sumber daripada keluarga terdekat Kapten Zaharie juruterbang pesawat MH370 yang hilang menghantar anak dan isteri beliau ke Australia sehari sebelum kejadian.
Apabila pihak polis tiba untuk menyiasat di rumah Kapten Zaharie mendapati hanya pembantu warga Indonesia sahaja yang ada dan memberitahu isteri dan anak-anaknya telah berpindah.
Apa yang lebih menghairankan kita, turut dilaporkan anak juruterbang terbabit baru sahaja pulang ke Malaysia semalam selepas berita tersebut tersebar.
Cuba kita fikirkan sejenak. Kenapa selepas 12 hari baru anak tu bergegas balik ke Malaysia sedangkan sebelum ni dia boleh pulak duduk di Australia?
Takkan la selama 12 hari tu dia lansung tak de berhubung dengan orang? Mustahil kalau dia tak tau berita mengenai kehilangan ayah dia sejak 12 hari yang lalu? Tu semua saja nak mengundang spekulasi yang bukan - bukan belaka!!!
Tak payahlah nak buat andaian tak elok pasal anak pulak. Tohmahan2 buruk yang dibuat ke atas bapak pun belum terbukti benar lagi.
BalasPadamTrajedi MH370 mungkin ada hikmahnya....segala kemungkinan boleh belaku..segala niat buruk ,fitnah yg dilemparkan..pasti terbongkar akhirnya...mungkin ALLAH nak tunjuk siapa yg benar /salah terutama dalam suasana politik Msia sekarang ni...wallahhualam....
BalasPadamandaian bukan semua x betul tuan kelamkabut... selepas 12 hari anak dia balik ke msia tapi mengutarakan soalan "ayah hilang"??? anak dia ni duduk kat gurun austarlia ke??? parlimen austarlia yg bersidang utk pengharantaran asset ketenteraan kencari dan menyelamat MH370 mesti keluar di akhbar2 tempatan??? gamabr ayah dia PILOT ahli seumur hidup PKR pun mesti mengisi muka depan suratkhabar. dia kat sana buat apa??? pengsan 12 hari??? tidur 12 hari??? duduk dlm gua 12 hari??? takkan saudara mara kaum kerabat kawan2 tak maklumkan mengenai peristiwa ini. facebook dia takde?? instagram xde??? at least at tengok TV??? ATAU ANAK DIA YANG TIDAK BERCAKAP BENAR DAN MENYEMBUNYIKAN SESUATU !!!
BalasPadamAndaian bukan semuanya mesti betul. Kalau salah, tak sakitkan hati orang ke?
BalasPadamKalau setakat nak pakai logik, sepatutnya MH370 dah lama dijumpai. Tak payah nak buka koridor utara dan selatan. Jam 8.11pg ping terakhir ke satelit dan MH370 dianggarkan berada di Laut Andaman atau Lautan Hindi, dah 7jam+ terbang. Berapa titik minyak yang tinggal? Pasal apa nak cari sampai ke negara stan stannn... Itu kalau nak guna logik.
Dan jangan kita percaya sangat berita2 yang spekulatif dengan andaian2 yang sensasi. Ada akhbar yang laporkan keluarga pilot dah hilangkan diri sehari sebelum kejadian. Ada pula yang katakan pilot keluar bersama isteri pada hari kejadian dan isteri pulang sekejap seminggu selepas itu. Yang mana kita mau percaya? Kita akan percaya ikut kecenderongan kita.
Anon 10:07 memilih untuk kaitkan pilot dengan 'ahli seumur hidup PKR'. Aku pula kaitkan dia dengan 5 lokasi airport yang ada dalam simulator di rumahnya. Orang lain mungkin lain pula pandangan mereka.
Bagi aku tak payahlah kita nak baham anak pilot pulak sebagai mangsa bila si anak ini sudah pun menjadi mangsa kepada misteri/tragedi ini.
QalamQabut,
BalasPadamKebanyakan andaian pun datang dari overseas news.
Macammana dorang lagi tahu sampai pilot tu hadir proceeding AI bila berita tempatan pun talk ada clue.
Cuba kau hentam Surat khabar luar negara tu.
TERBAEKKKKKKKKK...Namun kita mesti berpegang teguh kepada Allah Yang Maha Mengetahui... Sesungguhnya hati manusia di hujung jari Dia Pencipta Langit Dan Bumi Dan Apa Saja Yang Ada Diantaranya. Wallahhualam.
PadamOrang Malaysia ni masih berfikir taham dunia ketiga.
PadamPolis baru ambil flight simulator Ahad lepas sedangkan berita dah tersiar seminggu sebelum tu, dah ada soalan masa PC dua tiga hari selepas berita tu. Kita sepatutnya dah tau latarbelakang semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam satu dua hari selepas MH370 hilang. Bukan niat nak menuding jari tapi nak clear rakyat kita dari sebarang syak wasangka. Jangan setakat bagi statement semua tak ada rekod jenayah.
Begitu juga dengan pemberita, asyik tunggu press conference saja. Dah anggap bijak bila boleh tulis rumah pilot dan co-pilot kosong. Reporter luar yang interview security guard, yang cari hingga rumah mak bapak. Apa yang kita tau tentang rakyat Malaysia yang terlibat tu? Semua ahli keluarga dah hilangkan diri ke? Tak mau di interview ke? Atau mungkinkah pemberita kita hanya mahu mencari yang disyaki terlibat mendalangi kejadian ini saja ke? Tak mau kita cari berita2 yang bolehkan pembaca beri simpati, beri sokongan bukan saja kepada keluarga mangsa tetapi juga pihak berkuasa yang bertongkos lomos berusaha.
Jangan fikir Kementerian Pertanian tak terlibat dan tidak boleh terlibat. Begitu juga dengan kementerian2 lain. Jangan bekukan otak sendiri untuk tidak bersusah payah, tidak berganding bahu. Jika pihak2 berkaitan agama boleh turut beri sumbangan, pihak lain pun patut turut sama jugak. Tak kira jabatan dan agensi kerajaan, NGO maupun pihak swasta. Kita semua sepatutnya bersatu kerana ini adalah tragedi negara. Jangan ikut contoh parti pembangkang yang hanya pandai mengkritik dan memperlekeh setiap apa yang kerajaan dan negara Malaysia buat.
Qalamkabut, rasa tak perlu anda bersusah payah menafikan spekulasi yg dibuat mana-mana pihak berhubung perlibatan juruterbang MH370 dgn misteri kehilangan pesawat tu...Rasanya anda sendiri pun tidak mempunyai maklumat tepat utk menafikannya...keluarga...Biarlah pihak berwajib buat siasatan...
BalasPadamAku bukan nak bersusah payah menafikannya, tetapi aku tak mahu bersenang lenang menuduh tanpa bukti.
PadamSemua komen2 aku mengenai MH370 ini lebih menjurus kepada keupayaan pasukan yang diketuai oleh Hishammuddin menangani krisis ini. Aku tak salahkan pasukan ini kerana tak dapat jumpai lagi pesawat, tetapi nampak sangat bangang dan bengongnya bila semakin banyak timbul masalah2 sampingan hingga timbul pula andaian dan tanggapan buruk mengenai keupayaan bukan saja Hishammuddin, tetapi nama baik Malaysia sendiri.
Jika kita teliti Sidang Media harian pun banyak sangat maklumat2 yang diberi berubah2, bercanggah, dan dikatakan tidak mencukupi, ingin disorokkan dari pengetahuan umum. Kebanyakan dari isu2 itu boleh diperjelaskan agar satu dunia dapat tahu, dapat faham dan dapat terima. Kegagalan memberi penerangan yang memuaskan mengakibatkan timbul salah faham, keraguan, dan pandangan rendah terhadap kemampuan kita menguruskan krisis ini. Public Relation is ZERO. Sidang Media tidak dapat menepis dan menangkis pandangan buruk ini. Mesti kena ada satu cabang lagi dalam pasukan Hishammuddin yang boleh sebarkan maklumat dengan lebih jelas supaya umum boleh faham dan terima.
Aku ingin pasukan Hishammuddin ini bukan saja boleh merungkai misteri kehilangan MH370 secepat mungkin tetapi juga menjaga nama baik negara kita dari dicemuh dan diperlekeh.
Malaysia ni amat menghairankan.....tiap kali berlaku peristiwa besar yang melibatkan nyawa bukan pemerintah yang letak jawatan kerana kegagalan tapi cari kambing......bila berlaku je cari kambing.....mereka sentiasa mendahulukan rakyat untuk dituduh dimalukan bukannya sebagai pemegang amanah kepada rakyat yang telah memilihnya.....ye mungkin Banglasia yang telah memilih mereka sebab itu sentiasa mencari kambing......lihatlah apa yang terjadi diLahad Datu cari kambing ......MH370 cari lagi kambing.....sudah-sudahlah anda sudah tidak relevan lagi dan tak layak benar memegang pemerintahan....dalam kepala memikirkan bagaimana nak sapu sebanyak mungkin duit taxpayer.....beli besi buruk berendam kat Sabah bila berlaku bencana begini kapal selam takleh nak selam....penipu bangsat....
BalasPadam