Nak kata diorang ni parti yang memperjuangkan Islam menda kejadahnya lagi bila habis semua pemimpin atasan diorang disaman kerana menyebarkan fitnah pada orang lain?
Dari Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung, semuanya dah kantoi kena saman kerana buat fitnah terhadap orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Semuanya boleh dikategorikan sebagai "Pembunuh Kepada Saudara Sendiri". Kira besar sungguh dosa yang perlu diorang tanggung akibat kerana memfitnah orang ni.
Kalau nak kata diorang ni tak habis belajar bab agama, mustahil. Tapi mungkin ada bab yang membolehkan diorang ni tabur fitnah terhadap orang sesuka hati kot.
Mungkin tu la sebabnya diorang boleh buat fitnah terhadap orang tanpa merujuk kepada fakta. Main cakap je suka hati diorang demi kepentingan diri sendiri.
Sekarang tiba giliran Naib Presiden pulak bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama. Dia pun kantoi jugak kerana telah memfitnah orang lain.
Ini ke yang dikatakan sebagai parti yang nak memperjuangkan Islam? Islam mana ajar diorang ni menipu rakyat dan tabur fitnah terhadap orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh? Kot ye diorang ni dah sesat, jangan nak sesatkan orang lain pulak!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari bermula 26 Mei depan untuk perbicaraan kes saman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta empat lagi.
Saman itu adalah berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Husam terhadap Mustafa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu dalam kamar yang dihadiri peguam Jeffrey John bagi pihak Mustapa dan peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili semua defendan.
Jeffrey memaklumkan pemberita bahawa mahkamah juga menetapkan 7 April ini sebagai pengurusan kes.
Pada 22 April tahun lalu, Mustapa memfailkan saman terhadap Husam yang ketika itu Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, parti PAS, Setiausaha Agung PAS yang juga pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang serta Pengarang http:/harakahdaily.net. Zulkifli Sulong dan Azmi Yusof sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Mustapa mendakwa Husam, pada 23 Mac 2013, dalam ceramah politiknya di Tapak Expo Machang, Kelantan, mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH.
Assalammualaikum wmt,
BalasPadamAsyil Melayu ajer yg kana. Cina Lim dua beranak dan Tian Chuak tak jejas pun?
Berani dgn Melayu ajer? Dgn kaum imigran takut?
Atau ader aper-aper?