Isu selebriti berkata mengenai hukum Islam, bukanlah sesuatu perkara salah, namun mungkin penggunaan ayat yang digunakan oleh golongan selebriti ini tidak bersesuaian sehingga menampakkan seolah-olah mereka ingin menidakkan hukum yang telah ditetapkan.
RakyatNews yang menemui Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy pada Sidang Media Program Fenomena Impak Kecantikan - Eksplorasi Diri oleh Cosmoderm dan Ogy Ventures & Networks serta eWana.fm di Hotel Summit USJ Subang sempat meminta pendapatnya berhubung isu tersebut.
"Secara terus terangnya, saya bukanlah seorang ulama..tetapi bila kita sudah terbuka hati untuk menutup aurat, berhijab dan mengikut perintah Allah SWT..kita perlu faham apa sebenarnya yang dituntut itu.
"Bukan kita perlu menjadi terlalu ekstrem, tetapi kita perlu faham bahawa Islam merupakan agama yang fleksibel (keselesaan). Kita juga perlu memahami bahawa kita tidak boleh ubah hukum halal dan haram kerana ia datang dari Sang Pencipta...dan itu bukan benda main-main," tegasnya.
Ogy yang merupakan nak sulung seniman Datuk Ahmad Daud dan seniwati Datin Saadiah ini turut meminta agar peminat di luar, tidak melemparkan pelbagai andaian, tohmahan ataupun kata kesat kepada golongan selebriti yang 'terlepas' dalam perbicaraan mereka malah sentiasa mendoakan dan memaafkan mereka.
"Kepada mereka...saya tidak mahu menyebut mana-mana pihak, tetapi bagi saya mungkin pada ketika itu, mereka berada dalam situasi yang tidak sedar atas apa yang mereka katakan.
"Jadi, sebagai seorang Islam dan kepada Islam yang lain, kita seharusnya memaafkan serta mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan mencemuh, jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengar kerana kita sendiri tidak tahu bila mereka pula akan berubah (kebaikan)...ini semua urusan Allah SWT," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai soalan ini, Ogy dengan ikhlas menyatakan, apa yang dilalui rakan-rakan artisnya ketika ini, sama seperti situasi yang pernah dilaluinya satu ketika dahulu.
"Saya melihat balik apa yang terjadi kepada saya dahulu. Apa saja yang saya tidak dikata? Apa saja yang orang tidak melemparkan pelbagaian andaian, tohmahan?
Apa saja...tetapi saya bersyukur kerana saya yakin dengan diri saya bahawa saya bukan seperti apa yang mereka katakan," kata penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Rahsia Hati ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.