Sabtu, April 05, 2014


Hahaha!!! Macam siot je lawak yang dibuat oleh blogger Din Penyu ni. Ada ke dia nak suruh Si Mahfuz Bean tu jadi galang ganti bagi mangsa culik di Sabah tu.

Kita faham. Ini bukan lawak satira Politik yang boleh kita buat main - main. Kita tau jugak nak jaga sensitiviti sebab ianya melibatkan keselamatan Negara.

Tapi bila memikirkan semula kenyataan Si Mahfuz Bean tu yang buat semua benda jadi bahan lawak. Tak tahan perut nak gelak bila baca kenyataan dia sebelum ni.

Biar pun dia tau yang insiden kehilangan pesawat MH370 tu melibatkan banyak pihak, tapi Si Mahfuz Bean tu masih ada ruang untuk buat lawak tahap budak sekolah tadika.

Dia boleh anggap insiden tersebut sebagai satu lawak jenaka yang boleh dipermainkan sedangkan pada ketika tu semua pihak sedang berusaha mencari pesawat tersebut.

Tinggal lagi, apa boleh buat ye tak. Dah memang standard pemikiran Si Mahfuz Bean ni macam budak sekolah tadika. Dah tentu - tentu itu je tahap kemampuan dia.

Lagi pun Si Mahfuz Bean ni mana ada fikir sangat pasal soal keselamatan Negara. Jauh sekali dia mampu untuk memikirkan tentang sensitiviti keluarga penumpang pesawat tu.

Apa yang Si Mahfuz Bean ni mampu fikir ialah macam mana nak isi perut dia je. Tu pasal la dia selalu cerita bab makan 24 jam, 7 hari seminggu. Memang itu je yang dia tau.

Dalam kepala lutut Si Mahfuz Bean ni asyik terfikir, siapa dia nak makan lepas ni? Tapi dia kena ingat la, makan tengahari orang sebut 'Lunch', bukan 'Launch'.

Peringatan tu untuk dia selalu beringat. Jangan nanti dia nak malukan diri dia berulang - ulang kali. Takut - takut orang ajak pergi 'Dinner', dia bantai ajak pergi 'Diner'. Susah woo!!!

Jadi, tak salah la jika ada orang ajukan dia soalan yang sama supaya dia faham soalan. "Tak nak ke dia jadi tebusan dalam kes culik warga China ni?" Jangan dia nak meroyan tak tentu arah sudah la!!! Setakat nak berlawak, takkan tak boleh kot!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini .. mohon link ke universitynewscapital.com

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Semasa tragedi MH370 diperingkat awal, si Mahfuz tu tak tahu apa mengenai kehilangan pesawat berkenaan selain dengar cakap juak-juak pembangkang yg sewaktu dengannya.
    Dia tak tahu apa yg dijelaskan kerana 90% kenyataan sidang akhbar adalah dalam bahasa Inggeris.
    Lain yg diperkatakan, lain yg dia faham. Tambahan pulak didalam dirinya hanya ada perasaan syak wasangka buruk terhadap kjn dan pemimpin UMNO, maka terhamburlah apa yg dia suka nak cakap tanpa tahu apa yg dia cakapkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping