Selasa, April 08, 2014


Ini mungkin satu konspirasi yang sengaja diatur oleh BN untuk merosakkan nama baik Rejim Pakatan di Selangor. Laporan ketirisan ini tentu ada 'Campur Tangan' luar.

Kalau tidak, takkan pulak Ketua Audit Negara ni nak keluarkan laporan dibawah yang melaporkan mengenai ketirisan yang dilakukan Rejim pimpinan Khalid Ibrahim?

Jangan - jangan, ini pun satu konspirasi yang sengaja diatur oleh kem Azmin untuk terus mengecam dan mengancam kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan adanya pendedahan seumpama ini, maka makin mudah la puak - puak penyokong serta pencacai Si Azmin tu nak buat desakan supaya Si Khalid Ibrahim tu gugur dari jawatan Menteri Besar. Inilah peluang yang sewajarnya mereka gunakan!!!
SHAH ALAM - Ketua Audit Negara menegur kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berikutan kegagalan melaksanakan pengurusan aset yang baik terhadap kompleks rumah kerajaan di Seksyen 7 di sini.

Selain tidak memanfaatkan rumah-rumah berkenaan yang merupakan kediaman anggota Exco sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara 2013 itu turut menyatakan kerajaan negeri tidak melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan de­ngan baik, selain menanggung kos tersebut termasuk kos utiliti sebanyak RM5.89 juta.

Kompleks rumah kerajaan di Seksyen 7 menempatkan 10 kediaman, masing-masing mengikut tiga jenis iaitu banglo jenis A setinggi dua tingkat berkeluasan 399.4 meter persegi; jenis B iaitu enam buah banglo tiga tingkat dengan keluasan 464.5 meter persegi dan satu unit banglo jenis C setinggi dua tingkat berkeluasan 427.3 meter persegi.

Pada masa sama, laporan berkenaan turut menyatakan meskipun kerajaan negeri memutuskan untuk menyewakan kediaman-kediaman berkenaan selepas ditukar status rumah Exco kepada rumah kerajaan pada 26 Mac 2008, langkah penyewaan tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan kepada kerajaan negeri.

Selain itu, rumah-rumah terbabit yang turut dilengkapi rumah kelab dan kolam renang secara puratanya diduduki hanya empat bulan daripada 65 bulan bagi tempoh April 2008 hingga Ogos 2013.

"Selain itu, pelaksanaan pengurusan rumah kerajaan juga didapati kurang memuaskan kerana terdapat kelemahan seperti kerja pembaikan belum dilaksanakan serta kerja penyelenggaraan ke atas kawasan persekitaran yang dilaksanakan kurang memuaskan.


"Pengurusan aset alih kurang teratur," jelas Ketua Audit Negara dalam laporannya yang diterbitkan hari ini.
PS: Kesimpulannya, ketirisan yang disebut - sebut oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebelum ini bukan hanya melibatkan Kerajaan Pusat.

Sebaliknya, Rejim Pakatan Negeri pun ada jugak berlaku ketirisan. Jadi, adalah lebih baik diorang cermin diri diorang terlebih dahulu sebelum nak memperlekehkan orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping