Heh! Tau pulak dia nak marah ye bila orang persoalkan kesetiaan dia pada parti. Tu pun belum orang tanya dan persoalkan pasal kesetiaan pada Negara. Lagi la meroyan dibuatnya.
Siapa sangka. Si Siputdin Nasution ni rupanya memang suka melompat - lompat macam katak. Tu pasal la soal kesetiaan dia terhadap perjuangan parti dipersoalkan.
Dalam kenyataan dia semalam, Si Siputdin ni mengaku kata dia pernah menyertai PAS sebelum tahun 1989 dan kemudian masuk UMNO sampai dipecat tahun 1998.
"Keanggotaan PAS semasa saya di universiti, boleh jadi rekod itu dikekalkan. Boleh jadi juga rekod saya dalam Umno pun masih ada lagi. Saya pun menjadi ahli Umno Pokok Sena," tambah beliau.
Soalnya sekarang bukan pasal parti tu sangat. Tapi sebab kenapa dia suka sangat lompat keluar masuk parti lain - lain yang dipertikaikan. Kenapa dia tak kekal dalam PAS?
Kenapa pada ketika dia dalam Universiti dia masuk PAS dan kemudian dia masuk UMNO? Itu persoalan yang dibangkitkan. Orang nak tau sebab apa dia keluar masuk parti.
Masa dia dalam PAS dulu, kenapa dia tak kekal dalam parti tu? Kenapa dia masuk UMNO kemudiannya? Adakah atas dasar perjuangan atau pun ada sebab lain?
Kalau kita tengok dari satu sudut kebiasaannya orang keluar masuk parti ni sebab dia tak dapat apa yang dia nak. Maka itu membuka ruang untuk orang buat spekulasi.
Kebiasaannya, orang yang masuk PAS ni diorang tak puas hati sebab tak dapat jawatan. Perkara ni pernah berlaku pada sahabat SH sendiri. Maka dia masuk PKR.
Sebab apa dia masuk PKR? Jawapannya, sebab PKR mudah nak dapat jawatan. Mudah sikit nak naik ke atas. Kalau dalam PAS, susah. Ramai sangat dah orang didalamnya.
Maka tidak salah sekiranya ada orang mempersoalkan kesetiaan Si Siputdin ni. Mungkin dia masuk PKR hanya kerana nak kejar jawatan. Itu pasal la orang pertikaikan kesetiaan dia. Takkan la benda itu pun Si Siputdin ni tak faham dan nak meroyan tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.