Isnin, April 07, 2014


Kesian betul tengok Si Tipah Koyak ni. Mungkin dia ni mengalami penyakit 'Kesunyian Terlampau' gamaknya. Mungkin sebab itu la dia suka meroyan tak tentu arah.

Sampai tahap dia tengok gambar pun boleh meroyan tak tentu arah dibuatnya. Memang pelik betul la perangai Si Tipah Koyak ni. Patut la dia tak jadi calon dalam PRU yang lepas.

Kalau la dia ni jadi wakil rakyat, dah tentu - tentu menyesal orang pilih dia. Mana tidaknya, Dibantainya nanti bila orang mintak tolong pun dia nak maki hamun tak tentu arah, naya!!!

Kot ye pun dia nak menjahanamkan reputasi Si Khalid Ibrahim tu dalam pemilihan parti kali ni, takkan la sampai tahap dia sanggup memBODOHkan diri dia secara terang - terangan. Buat malu je kat orang lain!!!

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama dari kumpulan yang pro-Timbalan Presiden, Azmin Ali, ternyata mengamalkan budaya politik sempit sehingga gagal membezakan antara permusuhan politik dengan tugas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Terbaharu, Abdul Khalid 'diserang' secara sinikal oleh kumpulan pro-Azmin hanya kerana beliau selaku Menteri Besar Selangor menerima kunjungan hormat Media Prima diketuai Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Amrin Awaluddin sebelum memuat naik pertemuan itu di Twitternya.

Namun ternyata, pertemuan tersebut tidak disenangi musuh politiknya dalam PKR apabila mereka mempersoal nilai moral Abdul Khalid hanya kerana beliau menunjukkan jiwa besarnya selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor dengan menerima kunjungan Media Prima yang disifatkan lawannya sebagai 'musuh durjana'.


Antara pemimpin PKR yang paling awal tampil sinis terhadap Abdul Khalid ialah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya, apabila beliau menerusi laman Twitternya dipetik sebagai berkata: "Layan TV3. Hebat,".
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Satu lagi amalan demokrasi dalam pr. Politik terbuka.

    Orang yang masih dalam pengaruh pemerintahan barisan nasional perlu sedar bahawa pakatan mempunyai budaya mengkritik dan menerima kritikan.

    Yang betul2 buat salah takkan boleh duduk lama. Lihat katak2 yang berselerakkan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping