Khamis, April 17, 2014


Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya sebelum ini.

Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah - ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara - perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don
Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.

Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.
"Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas."
Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.
Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.
Ustaz Don Daniyal menasihati, "Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang."

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif. - PS: Semoga Allah merahmati kalian.
Categories:

8 ulasan:

  1. Kalau terjerumus dlm mazhab pas itu laa jadinya. Sesat sampai ke anak cucu mcm syiah...

    BalasPadam
  2. Tak usah lah gusar ustaz .kalau yakin diri benar tak perlu melatah...

    BalasPadam
  3. Tak perlu gusar dan melatah kalau rasa diri dah betul..anggap ini ujian Allah ..

    BalasPadam
  4. Sebenarnya, apa jua disiplin ilmu termaksuk ilmu berkaitan kepercayaan iaitu ilmu agama, kita tidak boleh memberi pandangan selagi pengetahuan kita dengkel atau tidak bersandarkan kajian. Kalau dalam hal agama Islam, pasti kajian berasaskan surah Al-Quran dan Hadis serta maksudnya.
    Maknanya kita ada autoriti selagi kita tidak pernah berguru dan dan tidak mengkaji secara mendalam akan sesuatu ilmu itu.

    BalasPadam
  5. Saya pernah terlihat ust don ceramah agama sambil kenyit 2 mata...rasa tak kenslah don..tu perangai don juan

    BalasPadam
  6. Tak usah lah gusar ustaz .kalau yakin diri benar tak perlu melatah...

    BalasPadam
  7. Dalam zaman internet ni, memang mudah betul fitnah, buruk sangka, umpat keji, kutuk mengutuk tersebar ya.

    Allah hu Akbar...... semakin Hari Pembalasan hampir.... semakin manusia berani memperkatakan sesuatu tanpa berfikir dua tiga kali.

    Saya ni dah berusia lewat 40'an jadi saya masih sempat menerima cara didikan orang tua-tua zaman dulu, apatah lagi dibesarkan oleh datuk dan nenek.

    Kami dididik untuk sentiasa fikir dahulu sebelum berkata....kalau silap bertanya, apatah lagi kalau di hadapan tetamu, mesti kena jelingan tajam laa... itu maksudnya dah kena duk diam laa. Dan mereka tidak akan explain so kita kena fikir sendiri kenapa soalan kita tu 'tak kena' pada pandangan mereka (datuk dan nenek saya).
    Kadang2 ambil masa berhari-hari untuk sedar kenapa soalan tu tak kena.

    Hasil dari berfikir lama tu lah yang mendidik kita untuk fikir dulu sebelum bercakap.

    Rasulullah sering berpesan, jika kata-kata kita boleh menyakitkan hati orang yang mendengar, lebih baik kita diam.

    Seharusnya umat Islam banyakkanlah berlapang dada.
    Janganlah berburuk sangka.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya apa yang dicari oleh Wardina ini.Budak ni sudah menjadi gila glamour agaknya dan cuba mengikuti perangai abby abadi.Rentikan perangai awak tu sebelum dikutuk terus. Ustaz Don tu lulusan Mesir dan faham bahasa Arab. Jangan pandai nak nasihat kalau tak tau ujung pangkal.sekurang-kurang Ustaz Don membawa kita ke arah kebaikan , awak tu apa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping