Selasa, Mei 06, 2014

Semoga mereka bertiga ditempatkan dikalangan orang yang beriman 
Al - Fatihah. Pelakon terkenal yang juga merupakan Seniman Agung Negara, Datuk Aziz Satar telah kembali ke Rahmatullah kira - kira pada pukul 2 pagi di hospital Kajang.

Berita ini di sahkan sendiri oleh cucu Allahyarham Datuk Aziz Satar, Abu Ubaidah A. Ishak sebentar tadi melalui akaun twitter beliau.


Allahyarham telah dikejarkan dan dimasukkan di Hospital Kajang sejak kelmarin setelah mengalami serangan penyakit jantung sepertimana yang dinyatakan oleh anak beliau.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik sahaja dibenarkan oleh pihak hospital.

Marilah sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar Allah S.W.T menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping