Selasa, Mei 06, 2014


Hek-eleh!!! Apa la yang nak dipelikkan sangat bila Si Kak Wan Omega ni tak menjalankan tugas dia sebagai seorang pemimpin? Suami dia yang ajar dia buat macam tu.

Apa yang pasti, tindakan Si Kak Wan Omega tak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh memperlihatkan bahawa keluarga Si Ketua Penipu tu bakal meninggalkan kawasan tersebut.

Kalau sebelum ini, desas desus mengatakan bahawa Si Ketua Penipu tu dah kehilangan orang kepercayaan dia. Maka tak heran sekiranya dia akan berambus dari Permatang Pauh.

Biar pun kawasan tersebut dikuasai sejak awal pembabitannya dalam Politik, tapi lama kelamaan penduduk dikawasan tu pun naik menyampah dengan kelakuan dia sekeluarga.

Jadi jangan heran la kalau lepas ni tak de sorang pun dari kalangan keluarga Si Ketua Penipu tu yang akan bertanding di Permatang Pauh. Nak pulak lepas Si Ketua Penipu tu dihumban ke dalam penjara. PKR bakal berkubur di Permatang Pauh!!!
PULAU PINANG 6 Mei - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah yang juga isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan jawatan itu kerana mempunyai banyak 'hutang’ yang belum dilunaskan terhadap penduduk kawasan tersebut.

Beliau mendakwa, banyak masalah rakyat yang masih berbangkit di kawasan Permatang Pauh yang belum diselesaikan biarpun Wan Azizah mengetuai PKR dan pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit.

"Suatu ketika dahulu, Wan Azizah mengkhianati pengundi Permatang Pauh apabila dengan mudah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kini sekali lagi orang Permatang Pauh seolah-olah dipermain-mainkan apabila Wan Azizah tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ke­tua Cabang setelah berjaya menawan Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping