Selasa, Mei 13, 2014


Heh! Kira masih hebat lagi Mantan Menteri Besar Terengganu ni rupanya. Walaupun dia dipecat dari jawatan sebagai MB, tapi dia masih boleh memalukan PAS.

Dalam keadaan konflik yang melanda Terengganu hari ini, PAS dilihat paling teruja untuk mengambil alih pemerintahan Negeri secepat mungkin.

Ianya dapat dilihat melalui tindakan PAS Terengganu yang mengadakan dua kali mesyuarat khas bagi membincangkan situasi tersebut hari ini. 

Kalau tak teruja, buat apa diorang nak bermesyuarat? Sampai dua kali pulak tu. Tak cukup dengan itu, PAS juga turut mendesak supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Dengan menjadikan rakyat sebagai alasan, PAS mahu pembubaran itu dibuat dengan segera. Itu pun satu lagi bukti mereka cukup bernafsu untuk memerintah.

Kot kalau Dewan Undangan Negeri dibubar sekali pun, adakah PAS mampu untuk merampas kuasa? Belum tentu lagi rakyat akan beri mandat kepada mereka.

Tapi keterujaan tu terhenti dan nafsu mereka tu tak sampai klimaks apabila Mantan Menteri Besar Terengganu mengisytiharkan dirinya masih menyokong BN.

Biarpun dia kini bergelar sebagai ADUN Bebas, tapi Ahmad Said dan dua lagi ADUN lain menyatakan sokongan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Terkini: Bekas menteri besar terengganu dan juga YB Kijal Dato Seri Ahmad Said mengeluarkan kenyataan rasmi pendirian beliau dan rakan-rakan dari parti bebas yang keluar Umno, tetap akan menyokong kerajaan Terengganu (Umno) sedia ada sekarang.


Ini sekaligus menjadikan majoriti gabungan BN-Bebas masih melebihi Pas dan PKR (17-15). Ini juga bermakna setakat hari ini, tiada pembubaran kepimpinan peringkat negeri akan berlaku. 
Nah!!! Tak pasal - pasal je PAS terpaksa berputih mata bila perkara tersebut berlaku. Nak tak nak, diorang terpaksa jugak simpan nafsu diorang tu untuk PRU akan datang.

Kot ye pun diorang kemaruk sangat nak memerintah, buat dengan cara yang betul. Jangan la perangai Haramjadah Si Ketua Penipu tu jugak yang diorang nak ikut. Kalau Si Ketua Penipu tu, kiri kanan tak de beza, depan belakang sama rasa kata dia!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Peluang dah terhidang depan mata itupon masih gagal jaring gol, apa punya striker haji hadi musang curi ayam tau la dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalaulah krisis demikian berlaku kepada PAS(PR) pasti dah gol sebab penyerang BN dan serang dah seperti di Perak kan? Ini mana dapat PAS nak masukkan gol, Datok Hadi masih nak gunakan jalan yang ikhlas, yang lebih berhemah dan nak beri rakyat tentukan. Begitulah pemimpin rakyat yang patut kita banggakan, JANGAN AMBIL KESEMPATAN, JANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH!

      Padam
  2. Semua nya sama tetap Hamba Allah yg lemah n x punya kuasa apa2..

    BalasPadam
  3. Tapi dia memalukan perdana menteri malaysia.. Itu lebih teruk dari yang ini..

    BalasPadam
  4. Pas sangat malu....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping