Selasa, Mei 13, 2014


Wah!!! Nampak gayanya puak - puak PAS ni sedang ambik peluang perli puak - puak PKR dengan menjadikan krisis di Terengganu sebagai 'Kambing Hitam'.

Kalau sebelum ni, diorang tak berbunyi pulak bila puak - puak PKR tu didakwa nak menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada masa tu, pandai pulak PAS keluarkan fatwa songsang supaya pemimpin - pemimpin disemua peringkat mendiamkan diri dan tidak memberi komen mengenainya.

Malah dalam masa yang sama, diorang pulak dilihat seolah - olah menyokong 'Langkah Kajang' yang cuba dibangkitkan oleh PKR bagi tujuan tersebut.

Walhal, kepimpinan PAS Selangor dengan lantang mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang dilihat tidak menghormati rakan lain dalam Pakatan.

Mereka juga turut menganggap agenda 'Langkah Kajang' untuk menukarkan Khalid Ibrahim sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap kerjasama yang telah diberikan.

Tapi sekarang semuanya dah berubah. Tiba - tiba pulak PAS sebut pasal 'Prosedur Yang Betul' untuk menukar Menteri Besar yang baru. Kenapa pulak diorang berubah nada?

Itu menunjukkan yang Si Mat Sabu tu jenis manusia yang cukup pandai ambik kesempatan dalam kesempitan. Dia sekadar pandai ambik peluang biar pun tindakan dia tu tak betul.

Hakikatnya, kalau diorang buat boleh tapi orang lain buat tak boleh pulak. Macam - macam pulak dakwaan yang diorang berikan dengan alasan yang tak masuk akal.

Adalah lebih baik Si Mat Sabu tu jaga parti dia sendiri dulu. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Kot ye pun dia nak jadi MUNAFIK, jangan libatkan orang lain!!! Setakat pandai cakap tapi tak pandai buat apa gunanya. Buang masa dan tak mendatangkan faedah lansung!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. procedure nya senang saja, kalau MB dah tak perform tukar lah, tapi dalam kes tganu ni, dengar kata MB dah ba janji dengan sultan untuk undur diri setelah setahung selepas PRU 13, so doh sampai masa kena undur, tak undur nanti , dah tak patuh janji,, so apanak dipolitik kan issue ini, secara gentleman undur diri, orang hormat, dan beritahu orang ramai, nak malu apa...tambah orang hormat dengan cara tu, tapi bila sampai masa buat kerenah tak molek lah, tambah lagi lompat parti, walaupun parti bebas..

    BalasPadam
  2. Mat Said.....seorang yang tak mengkotai janji! Orang macam tu memang patut di tukar dan sekarang setelah ditukar, terus ditunjukkan belang nya dengan keluar parti.

    Mohd Said.....PERANGAI YANG SANGAT BURUK!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping