Selasa, Mei 13, 2014


Ishk!!! Nampak macam tak masuk akal pulak alasan yang dia berikan ni. Nampak tak kukuh lansung penjelasan sedemikian rupa. Cuma nampak macam dia nak lepaskan batuk ditangga.

Tapi tak heran beb kalau alasan macam tu keluar dari mulut dia pada ketika ini. Isu tengah hangat beb. Apa lagi alasan yang lebih rasional yang dia mampu berikan?

Dalam satu kenyataan media semalam, Si Ahmad Said ni kata dia letak jawatan dan keluar dari UMNO untuk jadi ADUN Bebas sebab tak puas hati terhadap PM.

Kononnya, kata Si Ahmad Said ni, dia mintak PM tangguhkan isu pertukaran Menteri Besar Terengganu tu selepas kenduri kahwin anak dia selesai hujung minggu ni.
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.


"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.
Dari satu sudut, nampak macam dia sengaja nak menunjukkan yang PM tu jenis manusia yang tak berhati perut. Nak tunggu kenduri anak dia selesai pun tak boleh.

Tapi, jika kita lihat dari sudut dia pulak, ada logik jugak dengan apa yang dia cuba ketengahkan. Takkan la nak tunggu seminggu lagi pun tak boleh?

Lagi pun, kenapa pertukaran Menteri Besar tu dibuat secara tergesa - gesa? Nampak macam ada satu agenda tersembunyi yang sengaja tidak dijelaskan kepada umum.

Setahun boleh tunggu untuk buat pertukaran tersebut, takkan la dalam tempoh seminggu pun nak berkira jugak? Bagi peluang la Si Ahmad Said tu selesaikan masalah dia dulu.

Tinggal lagi, wujud satu persoalan pulak jika peluang tersebut diberikan. Kalau pertukaran tu dibuat selepas selesai kenduri kahwin anak dia sekali pun, nak ke Si Ahmad Said tu lepaskan jawatan? Jangan dia bagi alasan yang bukan - bukan sudah la!!!
Categories: ,

13 ulasan:

  1. alasan jamban dari si katak bernama ahmad said!

    BalasPadam
  2. Apa pun alasan Mat Said.

    Pokoknya....Najib sepatutnya jadi "human".... salah ke nak tunggu 2-3 hari ?
    Bodoh punya Najib ikut nasihat PUNAHsihat

    BalasPadam
  3. Dia dah buat kad jemputan...no human consideration at all...if i pm i will give hime more time...ini lah umno...elites...anak2 muda mula menjauhi umno...fikir fikirkan...tengoklah ketua pemuda dan naib nya semua anak elites...mana pernah merasa susah.melawat kawasan hanya sekadar mendekati bukanya menyelami.

    Ipoh from bt senyum lenggong

    BalasPadam
  4. Najib tak kesian kat dia ni ka? Anak dia pun nak rasa kenduri grand macam kat negeri Melaka gak.

    Apa kat Najib kalau time anak manja dia nanti nak kenduri.. rakyat suruh turuuuunn. Tak ke sedih.

    Inilah mentaliti barisan pemimpin yang dipuja tak lebih 50% pengundi.

    Jom masuk pakatan mb. InsyaAllah mentaliti akan berubah. Tukarlah...

    BalasPadam
  5. Letak jawatan sebelum atau selepas majlis kahwin sama saja, tapi kad kahwin dah cetak nak wat kenduri kat kediaman MB, Najib patut bertolak ansur sikit. Malu la Ahmad Said mcm ni. Bila bgtau Najib, dia kata ini soal peribadi, so Ahmad Said take it personally! Akhirnya BN Terengganu tumbang, padan muka Najib!

    BalasPadam
  6. Senang cerita si Ahmad ni, perangai cam Babon, kalu manusia berjiwa besar, apa jua pancaroba yg melanda segalanya berserah kepada Allah semata-mata. Tak payah pun nak fikir anak kahwin atau apa2 alasan pun. Kita bertuah punya PM seperti Najib yg telah tegakkan slogan Janji ditepati iaitu jika kita berjanji tetap akan terlaksana pada tika dan waktunya tanpa ada apa2 sebab bodoh untuk tidak menepati waktu. PM Najib sudah pun berbuat baik kepada Ahmad Babon ni dengan tidak mendedahkan perjanjian setahun ehsan berkuasa sebagai MB. Bayangkanlah jika perjanjian sulit ini didedahkan adakah orang2 Terengganu nak hormat kepada seorang manusia berakal babon yg telah ditetapkan tempoh memegang jawatan MBnya. Lagi ramailah yang berebut2 nak menjatuhkan si munafik ini. HIdup dunia hanya sekali tak perlupun nak membesarkan diri hingga membelakangkan parti Umno yang telah menaikkan beliau hingga ke tahap ini. Sekiranya memang niat hati hendak menjatuhkan kerajaan sendiri dengan cara ini, maka perbuatan Ahmad Babon ini adalah haram dan bertentangan dengan apa yang telah mulut beliau ucapkan selama ini. Orang Tganu dan Kelantan sama saje sifat keras hati tak bertempat mereka. Banyak nafsu daripada akal, lebih dunia daripada akhirat, lebihh haloba daripada syukur.

    BalasPadam
  7. Zaman Najib banyak pancarobanya.Alhamdulillah insyaallah segala2nya akan selesai.
    Kpd pendokong setia UMNO doa kan agar Najib diberi kekuatan yg penting UMNO menjadi lebih kuat dan Terengganu menjadi HEBAT.

    Bagi geng-geng blogger biasak la.ini la perjuangan.cuma yg gila akan lupa diri yg ada akai faham la.UMNO mana bagus memang kena tukar cari yg baik.insyaallah.
    Bloger2 jgn tulis ikut kepala lutut tahu

    BalasPadam
  8. Jadi, ok ke alasan si bekas MB ni bahawa disebabkan PM tak boleh tunggu seminggu untuk anak dia kahwin, dia tinggalkan UMNO....So, perjuangan untuk anak beliau adalah lebih penting daripada untuk UMNO dan negara? Saya tak setuju. Ala....lagipun dia ni dah memang terkenal dengan perangai kuat merajuk dia. Macam mana nak jadi pemimpin tertinggi kalau kuat merajuk??? Memang tepat tindakan untuk menggantikan beliau!!

    BalasPadam
  9. Dah merajuk, lepas tu ajak geng geng turut meninggalkan UMNO. Ini ke jenis MB yang mementingkan negara?
    Anyway, kalau Terengganu jatuh ke PAS pun tak kisah. Boleh laksanakan HUDUD di 2 buah negeri. Baru cina DAP terkencing kencing dalam seluar nanti!

    BalasPadam
  10. Dis has been doing its rounds:

    Boleh suruh Ahmad Said bersumpah dihadapan Al Quran jika beliau tidak pernah membuat aku janji untuk meletakkan jawatan pada tanggal 12 Mei 2014.

    Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri.

    Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

    Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

    YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

    Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

    Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

    Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

    BalasPadam
  11. Najib patut letak jawatan dan masuk pkr.

    BalasPadam
  12. dalam politik susahkita rakyat biasa nak duga....yg salah yg betul kita tak boleh nak pastikan.....tapi kita ummat islam harus yakin ,,,,,yg lurus terus naik dan yg bengkok pasti patah...

    BalasPadam
  13. yg lurus jujur pasti naik yg salah ,bengkok pasti patah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping