Selasa, Mei 13, 2014


Parah!!! Memang parah dah Politik di Terengganu ni. Tak de penyakit cari penyakit. Dapat penyakit, tak sedar diri. Payah la kalau gini gayanya. 

Memang 'Cerdik' sungguh orang yang merancang semua ni. Patut boleh bagi anugerah dah tu sebab dia dah menyusahkan kerja orang lain. Tahniah la kita ucapkan kepada dia!!!

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu dah jatuh kepada Pakatan Haramjadah tu secara automatik. Hadi Awang dah boleh pilih MB baru.

Malah secara rasminya juga, Menteri Besar yang angkat sumpah malam tadi menjadi MB Paling Cepat Hilang Jawatan. Boleh masuk 'Guinness World Record' dah tu. Mungkin itu la yang 'Punahsihat' tu nak gamaknya. Mudah sikit kerja dia!!!
Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam. 

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta. 

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.


Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. asal tak dapat jawatan, keluar UMNO!

    ugut PM, ugut parti bagai kalau apa yang diminta tak dipenuhi!

    tuiihh!

    dasar pejuang bangsa knon!

    pi mampuihlah hang mat said oiii!

    berlakon saja lebih perjuangkan bangsa!

    padahal nak perjuangkan poket sendiri!

    kalau hang jantan, letak sekali jawatan sebagai ADUN!

    kita buat semula pilihanraya!

    baru hang tau langit atau rendah mat said oii!

    BalasPadam
  2. jujur sejujurnya UMNO yang telah ditingalkan, adakah kamu sebagai anak ayam yang telah kehilangan ibu. TIDAK tidak mengapa mereka keluar, kita atur langkah baru..... tidak mustahil kita akan lebih kuat dan bersam menjaga maruah UMNO dari mereka yang bermaruah hanya untuk meninggalkan umno kerana maruah diri... Pada pandangan saya mereka yang lebih bermaruah adalah mereka yang setia berada didalam UMNO... tidak mengapa UMNO sekranya gagal mem erintah Terengganu sekali lagi.. tidak mengapa tidak me ngapa UMNO tidak perlu menangis..tidak perlu memujuk merayu.. kita hanya perlu mereka yang benar benar memperjuangkan MELAYU bukan memperjuangkan DIRI SENDIRI.. Adios... kita tunggu huku m karma...siapa yang menjilat dan yang terjilat... hidup UMNO walking Tall..

    BalasPadam
  3. anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal13 Mei 2014 pada 11:36 PG

    Awatlah DSN ni mudah benor dengaq nasihat dari punahsihat2 dia tu. Aqai tak dak ke Dato Sri????? Tak ambik ke iktibar dari Perak dulu bila team PR dan BN sama kuat. Sama aja dengan situasi kat Terengganu ni. Kerajaan PR Perak dulu jatuh bile 3 wakil PR keluaq parti jadi bebas. BN Terengganu le ni barai sebab 3 lahabau UMNO keluaq parti jadi bebas. Sebelum Dato Sri buat keputusan dulu, dah pikiaq masak2 ke??? Kalau macam ginilah Dato Sri nya 'game politic' BN/UMNO akan sure barai nya dalam PRU 14 ni....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping