Selasa, Mei 20, 2014


Hehehe!!! Tau pulak Si Guan Eng tu menggelupor bila didakwa mempunyai kenyataan bersama antara PAS DAPigs mengenai isu perlaksanaan Hudud tu ye.

Kelam kabut dia dibuatnya sampai tak berani dia nak nafikan perkara tersebut kepada pihak media. Sebaliknya, dia suruh Setiausaha Politik dia yang buat kenyataan.

Kenapa Guan Eng takut nak berjumpa dengan pihak media dan menafikan perkara tersebut? Sebab dia takut kantoi dengan PAS. Itu pasal la dia suruh Setpol dia je.

Dalam kenyataan Setiausaha Politik Si Guan Eng tu semalam, dia menafikan dakwaan kononnya Si Guan Eng tu menyokong perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS.

Tapi dalam penafian yang dibuat, SETPOL Si Guan Eng tu menuduh Calon Ahli PAS yang bertanding di Bukit Gelugor mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media.
"Mohamed Nabi Bux telah melakukan pembohongan dan beliau tidak dapat membuktikan kenyataan itu (hudud)," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Heh! Nampak sangat la dia cuba nak spin cerita sebenar. Realitinya, Calon Ahli PAS tu kata, Guan Eng takkan cerita pada dia. Sebaliknya, Guan Eng cerita pada pemimpin PAS atasan.

Realitinya, yang mendedahkan perkara tersebut bukan orang lain. Tapi Mantan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sendiri yang bercerita kepada pihak media sebelum ini.
SHAH ALAM: PAS mengesahkan parti itu mempunyai persetujuan bertulis DAP untuk meneruskan agenda mendirikan negara Islam tanpa menjejaskan keanggotaannya di dalam Pakatan Rakyat.


Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man berkata persetujuan itu dimuktamadkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kira-kira seminggu sebelum pilihan raya umum ke 13 Mei lalu. - Klik Sini
Nah!!! Itu diantara kenyataan yang dikeluarkan oleh Mantan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tu. Jadi, kenapa pulak SETPOL Guan Eng ni tak nak buat tuduhan yang sama?

Kenapa dia tak nak tuduh Mantan Pesuruhjaya PAS tu sebagai seorang Pembohong dan berniat jahat terhadap Si Guan Eng tu secara terang - terangan?

Jika benar dakwaan serta tuduhan yang dibuat, kenapa dia tak failkan saman terhadap Calon Ahli PAS tu dengan Mantan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tu sekali? Setakat nafi je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. LGE, HH, DSA semua ni pemimpin cerdik. Mereka sedar perlu bekerjasama menentang barsian.

    Inilah yang ditakuti barisan. Bertahun2 takutkan pengundi cina pasal Islam. Pengundi Melayu plak ditakutkan dengan cina nak memerintah negara. TAPI, penyokong pakatan bertambah terutama golongan muda...

    Barisan tak sedar mereka telah terlajak menghabiskan duit rakyat sampai rakyat tak kisah dengan fitnah lagi.... Penuntut U bila keluar dah berhutang puluhan ribu ringgit. Pelajar tahun 90an hutang sikit je... Barisan kata memang harga semakin meningkat. Tapi pelajar sedar siapa yang sepatutnya kawal harga tersebut...

    Janji barisan kalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang la anak muda yang menyokong semakin bertambah sebab anak muda sekarang ni semuanya PEMALAS!!! Suruh buat kerja sikit pun berat tulang. Habis belajar tak nak kerja bawah, terus nak kerja atas. Berpeluh sikit mengeluh.

      Mai datang Pembangkang, dok tabur cerita kata nak bagi semua benda percuma yang belum tentu lagi diorang mampu buat. Mula la anak muda PEMALAS ni buta mata.

      Padam
    2. Cerdik tang mana..12.30..??
      klu cerdeik tan lubang cubur yg tu betul

      Padam
    3. Cerdik tang mana.12.30??
      Klu tang lubang jubur yg tu betul

      Padam
    4. Betul kit siang boleh dikatakan cerdik. Cerdik dalam melaga lagakan Bangsa Melayu. Lee kuan yew pun dulu dorang cakap cerdik jugak......cerdik menipu bangsa Melayu. Sekarang di manakah Melayu di Singapura???

      Susah la bila pemuda pemudi dah jadi pengkhianat bangsa. Nasib baik masih ramai lagi yang masih mempertahankan Bangsa dan Agama. Politik jalanan dan longkang patut dibiarkan dalam TONG SAMPAH!!

      Padam
    5. HH dan anwar langsung tak cerdik!! Pandai menipu dan memfitnah adalah!!

      Nak dikatakan bodoh pun boleh jugak....dipergunakan oleh DAP!!

      Bodoh!

      Padam
  2. Ulasan yg x berapa nk cerdik, berfikirlah dgn cara yang waras bkn fikir guna kepala lutut, sejarah tidak pernah membohongi manusia, manusia yg fikir dia terlalu cerdik sgt yg selalu manipulasi sejarah, belajarlah bersyukur sblm Allah tarik nikmat yg sdg kecapi. . .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping