Jumaat, Mei 30, 2014


"Saya pernah dijadikan 'alat' oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.

"Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh kononnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.

"Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba 'menghalau' saya. 

"Saya hanyalah 'ejen' untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka. Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. 

"Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata - kata bosnya. 

Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepen-tingan Islam dan Melayu sampai bila-bila," katanya lagi.

Jelas Tunku Aziz, beliau langsung tidak terkejut dengan setiap tindakan calon DAP itu yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam kerana kesemua itu bukanlah kehendak atau suara hati calon terbabit, sebaliknya adalah apa yang di kehendaki oleh 'tokong-tokong' dalam parti itu.

Tambah Tunku: "Sekiranya orang Cina yang mempersoalkan kepentingan orang Mela-yu, maka semua orang Melayu akan bangkit kemarahan. 

Sekiranya 'mempergunakan' orang Melayu untuk mempersoalkan hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku? Berlaku perpecahan dalam kalangan kita. 'Orang' lain akan menari dalam kegembiraan.

"Tolong cakap dengan saya semua ini tidak benar? Mengapa calon DAP itu tidak habis-habis mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan orang Melayu? 

Saya tidak faham, tolong betulkan kefahaman saya. Saya juga ada mendengar dia (Dyana Sofya) membuat perbandingan antara saya dan dirinya dalam DAP. 

Jika dia tidak tahu kebenaran, saya minta dia tutup mulut. Jangan memandai-mandai bercakap jika tidak tahu apa-apa," tegasnya.

PS: Heh! Kalau tak tau, jangan banyak cakap. Penyudahnya nanti memalukan diri sendiri. Kalau Si Gundik Kit Siang tu nak jadi BARUA DAPigs, jangan nak libatkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ramai pemimpin bee end tinggalkan bee end dan dedahkan keburukan dlm bee end. Pemimpin bee end yg tinggalkan TAK MALU PUN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping