Bakal Menteri vs Hantu Suruhan Kit Siang. Siapa yang bakal menjadi pilihan orang di Teluk Intan? Berikut update terkini proses pembuangan undi di Teluk Intan sehingga jam 11.30 pagi :-
7.30 pagi: Sebahagian anggota polis dilihat tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz bagi mengawal keadaan dan keselamatan sepanjang proses pengundian berlangsung. Difahamkan calon BN akan mengundi di sini pada pukul 9 pagi.
Pengundi juga mula dilaporkan datang awal untuk membuat semakan mengenai saluran mana untuk mengundi.
8.05 pagi: Pusat mengundi dibuka, termasuk di SMK Sultan Abdul Aziz.
8.50 pagi: Pasangan suami isteri, Abd Rahman Shaharuddin, 66 dan Fatimah Ahmad, 65 dari Taman Desa Aman menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz. Mereka antara ribuan pengundi yang kini menunggu giliran untuk menunaikan hak masing-masing.
9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.
9.15 pagi: Turut dilaporkan, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat lawatan ke pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz dan juga lain - lain.
10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.
10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi. (Sekadar meninjau je la kerja dia)
10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.
11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Teluk Intan sebentar lagi.
11.30 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, proses pengundian berlangsung dalam suasana aman dan tenang. Pihak polis juga berjaya mengawal keadaan lalu lintas sepanjang proses pengundian pagi ini.
"Mungkin ada sedikit suasana kelam-kabut di beberapa pusat mengundi tetapi tidak sehingga berlaku kekecohan besar. Situasi itu timbul kerana terlalu ramai orang di pusat mengundi ketika itu.
"Selain daripada itu proses berjalan dengan lancar dan tenang," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak.
Berdosa memfitnah.hanya kerana mendapat upah bulanan.
BalasPadam2:07 ptg. Ccamtu pun fitnah
BalasPadam