Hah! Ini berita yang kuat tersebar dilaman media sosial lewat tengahari tadi. Dengar kata, UMNO Bahagian Temerloh dah buat laporan Polis terhadap isu kain rentang tu.
Isu berkaitan dengan gambar kain rentang tersebut sebelum ini dimuat naikkan dalam Facebook milik Warga Baling Kedah sekitar awal pagi semalam.
Ejaan nama pun salah. |
Namun dari semakan yang dibuat, ternyata gambar kain rentang tersebut telah pun dibuang oleh pemilik akaun Facebook tersebut. Nampak sangat la dia dah takut.
Persoalannya sekarang, siapa dalang disebalik usaha menggantungkan kain rentang tersebut disekitar Negeri Pahang dan apakah tujuan sebenarnya?
Jika diperhatikan tujuan penggantungan kain rentang tersebut adalah merupakan usaha pihak tertentu untuk membunuh karier Politik Dato Sharkar di Negeri Pahang.
Selain itu, ianya juga bagi menimbulkan suasana huru hara kepimpinan di Negeri Pahang ini. Hasratnya nak menjadikan Pahang ni sama seperti Terengganu.
Dari satu sudut, ada yang kata ini semua kerja RBA yang menyebarkan gambar tersebut di dalam media sosial. Jika benar itu kerja RBA, nampak sangat la diorang ni dah kantoi.
Mungkin dek kerana diorang terdengar khabar angin yang laporan Polis akan dibuat dan tindakan saman akan dikenakan terhadap mereka, maka cepat - cepat diorang buang.
TETAPI, tak mustahil juga ianya kerja sebilangan pihak yang cuba merosakkan reputasi ADUN Lanchang tu secara terancang dan memperlihatkan seolah - olah ini kerja RBA.
Seperti yang didedahkan oleh The Unspinner, kemelut yang melanda Terengganu sebelum ini bukan disebabkan oleh orang luar. Semuanya angkara orang dalaman juga.
Sebaliknya ia merupakan sebahagian percaturan orang dalam yang juga ada kaitannya dengan bilik perang. Jadi tak pelik kalau ini semua hasil kerja tangan mereka juga.
Tapi, inilah adat Politik. Pantang nampak orang tu maju sedikit kehadapan, mula la nak dikerat dan dicantas oleh pihak - pihak tertentu yang ada kepentingan tersendiri. Kalau Politik berterusan macam ni, alamat jahanam la jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.