Khamis, Mei 15, 2014


Wah!!! Nampak gayanya ada bau - bau ikan ni. Bak kata orang Ulu Cheka, "Something smell fishy". Macam nampak tak kena pulak bila baca cerita ni.

Dengar - dengar khabar, Si Khalid Ibrahim tu dah menang 'Percuma' di Kuala Selangor sebagai Ketua Cabang bagi kawasan tersebut. Betul ke cerita ni?

Kalau betul, ianya satu yang sangat mengejutkan. Perkara itu didedahkan oleh calon yang bertanding menentang dia sebelum ini, Manikavasagam atau dikenali sebagai 'Mike'.

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi pesanan 'Whatsapp' kepada Antarapos, Si Mike tu mengakui perkara tersebut berlaku selepas tindakan pihak Jawatankuasa Pemilihan.
Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike ketika mengesahkan perkara itu melalui mesej Whatsapps kepada Antarapos.com berkata, pencalonannya dibatalkan manakala keahlian dalam parti itu turut digantung.
Ye ke keahlian dia dibatalkan? Atau adakah ianya ada kaitan dengan tindakan Si Khalid Ibrahim tu memfailkan saman terhadap 'Mike' sebelum ini?

Kalau kita lihat dari satu sudut, nampak macam ada konspirasi yang sedang berlaku. Mana la tau ye tak. Puak - puak Pakatan Haramjadah ni bukan boleh percaya sangat.

Demi untuk mengelakkan isu perbalahan dan kekecohan yang wujud sepanjang Pemilihan PKR baru - baru ni, mungkin JPP terpaksa bertindak sedemikian.

Mungkin diorang tak nak kes yang melibatkan Khalid Ibrahim dan Mike dipanjangkan sehingga ke mahkamah. Maka Mike dijadikan sebagai 'Kambing Hitam'.

TAPI dengan syarat, Khalid menarik semula tindakan saman yang dibuat terhadap Mike. Perkara tersebut kemungkinan boleh berlaku dan logik juga kalau difikirkan.

Sebelum ini, Mike menuduh Menteri Besar Selangor tu terlibat dengan rasuah dan Politik wang apabila didapati memberikan habuan kepada mereka yang mengundi dia.

Namun dalam masa yang sama, Khalid menafikan dakwaan yang dibuat. Maka sebab itu dia ambik tindakan memfailkan saman terhadap Mike demi menjaga maruah dirinya sendiri.

Tinggal lagi, jika teori konspirasi yang dibuat diatas itu benar, JPP gantung keahlian Mike bagi menghalang Khalid memfailkan saman, nampak sangat la PKR ni tak memperjuangkan Keadilan. Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping