Khamis, Mei 15, 2014


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa anggota Umno perlu berani menegur pemimpin jika pemimpin itu buat salah, dalam masa yang sama memelihara kekuatan parti.

"Yang itu penting kerana kalau pemimpin buat salah, kita tegur. Tetapi dalam masa yang sama kita juga harus jaga kekuatan parti. Kalau kita tegur dan kita ambil tindakan yang melemahkan parti, tidak baiklah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucap tama seminar 'Tanah Tumpah Darah Ku' anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya terdapat dua sifat dalam Umno iaitu menjadi pengikut yang taat, sehingga kalau pemimpin buat salah pun mereka terima, manakala satu pihak lagi tidak taat dan mereka mengambil tindakan keluar parti dan sebagainya.

Mengenai kemelut politik di Terengganu, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku jika semua pihak bermufakat (berunding) dengan baik.

"Jadi, apabila kita hendak bertindak kena ada rundingan dan sebagainya. Tentukan dahulu perkara yang tidak diingini daripada berlaku (implikasinya) dan tentukan juga tidak ada pihak yang berkecil hati...itu cara yang terbaik," jelas beliau.

Ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masyarakat di negara ini didapati kurang bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang mereka peroleh dalam perubahan keadaan.

Katanya: "Zaman orang Melayu dijajah dahulu, kita miskin dan kita dapat apa-apa sedikit pun kita bersyukur. Dengan itu kita berusaha lebih kuat lagi, tapi peluang pada masa itu kurang."

"Sekarang ini kita mendapat pelbagai kenikmataan termasuk biasiswa, cukup mudah. Jadi, kita kurang hargai. Apabila sesuatu itu datang dengan mudah, kita tidak menghargai. 

"Inilah keadaan yang berlaku sekarang. Jadi, kita dapati ramai lagi tidak bersyukur dan berterima kasih, bahkan ada yang mengigit jari yang menyuapnya," kata Dr Mahathir.
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Saya doakan yang terbaik untuk Tun yang telah banyak berjasa!

    BalasPadam
  2. Tun ckp dalam ayat yg cukup mudah. Perkataan yg ringkas.
    X perlu nak susun ayat canggih2
    Yg penting isinya
    X perlu nak tinggikan nada
    X pemah tun ckp kuat2

    Cuba tgk gaya pak lah n najib ckp. Pulun naik turun nada dan gaya ckp, nak dptkan perhatian org. Kasihan...

    BalasPadam
  3. p.rahhh.pundek lu.masa lu memerintah dulu.arwah mufti selangor tegor psl pertandingan ratu cantik ko meroyan apa hal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pukimak lu. Lu bukti tengok fakta yg lu cakap. Jangan jadi sial, lu dari golongan melayu mudah lupa. Haprak..

      Padam
  4. 11:26 PTG, sapa pemimpin yang terbaik bagi lu? guan eng? anwar juburi? kit siang? karpal? nik aziz? wan azizah? azmin ali?

    Bagi saya, Tun Dr. Mahathir adalah PM yang paling saya kagumi. Dulu, sekarang dan selamanya.

    Terima kasih, Tun!

    BalasPadam
  5. Yea...100% stuju. Tun d best

    BalasPadam
  6. pemimpin2 umno sekarang salahguna ketaatan dan sokongan yg diberi oleh ahli2 umno khususnya dan melayu amnya. depa ingat itu hak mutlak depa. yg berjasa kpd melayu adalah pemimpin2 umno terdahulu. apa jasa pemimpin2 umno sekarang selepas zaman bapak penswastaan? yg depa tau hanya berebut harta rampasan perang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping