Jumaat, Jun 13, 2014


Heh! Ada orang tanya, sekarang ADUN Barisan Nasional tu semuanya bersetuju untuk tarik semula usul yang nak dibentangkan berkaitan dengan Hudud, apa citer?

Kalau tadi bukan main lagi berdegar - degar cerita pasal ADUN PAS terpinga -  pinga bila 12 orang ADUN Barisan setuju nak bentangkan usul tersebut. (Klik Sini).

Adakah ini membuktikan bahawa ADUN BN tu semuanya hanya sekadar nak mempermainkan isu perlaksanaan Hukum Hudud ni? Itu terpulang pada persepsi sendiri.

Tapi bagi SH, ini peluang untuk PAS membuktikan sama ada mereka benar - benar ikhlas nak melaksanakan Hukum yang selama ini menjadi tunjang perjuangan mereka.

Jika sewaktu mula - mula ADUN BN yang diwakili UMNO nak bentangkan Hudud sebelum ini, diorang jugak mempertikaikan perkara tersebut. Macam - macam alasan diberikan.

Maka sekarang, kita tengok sejauh mana keikhlasan PAS nak menegakkan Hukum tersebut. Adakah mereka akan meneruskan cadangan tersebut atau sebaliknya?

Adakah mereka hanya sekadar pandai bercakap je tapi tak pandai buat? Kot ye pun diorang dah songeh dengan diri sendiri sebelum ini, maka inilah peluangnya untuk diorang perbetulkan kesilapan tersebut. Jangan tunjuk sangat sifat RETORIK tu!!!
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Selangor pada Jumaat bersetuju menarik balik usul untuk membahaskan kebarangkalian melaksanakan hukum hudud di negeri itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin depan.

Ketua Pembangkangnya, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, keputusan tersebut dicapai melalui mesyuarat pra-sidang DUN BN pada Khamis.

Walaupun usul tersebut ditarik balik, Shamsudin berkata ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemukakan melalui usul khusus.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Jelas beliau, walaupun BN menarik balik usul tersebut, hudud merupakan agenda utama PAS untuk mendapatkan kuasa politik bagi menubuhkan negara Islam.


"Jadi PAS bertanggungjawab sepenuhnya untuk merintis dan melaksanakan apa jua tindakan termasuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hukum tersebut di Selangor," katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bijak!!!!!! Sekarang UMNO dah membuktikan yang speaker, si hannah yeoh bersetuju untuk membahaskan HUDUD!! Kalau UMNO cadangkan, speaker setuju, nanti kalau PAS pula yang mencadangkan, kenalah setuju juga, betul tak?

    PAS tunggu apa lagi??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping