"Ini Tidak Adil!!!" Demikian yang dinyatakan oleh salah seorang ahli PKR yang telah dipecat keahliannya ekoran kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti tersebut.
Semalam, PKR telah mengambil tindakan terhadap tiga orang lagi ahlinya yang didakwa telah melanggar tatacara serta melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Mungkin tiga orang ni dikalangan 'Gengster' yang buat kecoh dibeberapa kawasan yang disebut oleh PKR sebelum ni gamaknya. Sebab punca pemecatan adalah seperti berikut:
Ketiga-tiga mereka dituduh bersubahat melakukan kekasaran terhadap seorang lagi ahli pada 13 Mei lalu, dua hari selepas insiden kekecohan dan pembatalan pemilihan di Cabang Sabak Bernam serta enggan hadir sesi pendengaran Lembaga Disiplin parti.
Nah!!! Nampak sangat la yang mereka bertiga ni didapati telah bertindak kasar dan menyerang anggota parti pada 13 Mei yang lalu sewaktu pemilihan dijalankan.
Sehingga hari ini, dah hampir dua bulan pemilihan PKR ni dijalankan. Namun keputusannya masih belum dapat diperolehi. Bahkan ada kemungkinan ianya bakal berlanjutan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli yang digantung jelas kecewa dengan tindakan PKR yang didakwa tidak Adil dalam melaksanakan tindakan tersebut.
“Jatuh hukum dulu ….baru panggil buat pendengaran dan pembelaan….lain kali panggil kedua belah pihak dan ambil bantahan dan laporan, baru jatuh hukum.
“Rasa dah macam hilang arah pun ada…ini tidak ADIL…..!!!!,” katanya dalam status dilaman sosial peribadi miliknya.
Heh! Baru dia nak terasa yang tindakan PKR tu tak adil. Tau pulak dia menyesal dan sedar bahawa PKR tu sekarang ni dah mula hilang arah dari tujuan asal mereka.
REALITInya, PKR tu masih belum hilang arah. Tetapi ada dikalangan pemimpin PKR tu sendiri yang dah mula hilang akal dek kerana nafsu nak berkuasa terlalu tinggi.
Oleh sebab itulah pemilihan PKR tu berlanjutan sampai memakan masa yang begitu lama dari orang lain. Pun masih lagi PKR ada hati nak kata diorang lebih bagus dari orang lain? Sudah - sudah la berangan tak tentu arah!!! Penyudahnya nanti memalukan diri sendiri!!!
Baru nak sedar ke, selama hari ini dok sokong membabi buta. Kita orang jangan dok kelengtong la, tengok langkah dah tahu dah kaki pembohong dan kaki penipu ni.
BalasPadam