Isnin, Jun 02, 2014


Memang hebat betul la pemilihan PKR ni. Banyak betul berlaku keajaiban dalam pemilihan diorang ni rupanya. Ada gengster, kertas undi lebih dari bilangan ahli.

Kiranya memang ADIL dan BERSIH betul la pemilihan PKR ni. Boleh sesangat la diorang menggantikan SPR untuk mengadakan pemilihan yang lebih TELUS.

Tak cukup dengan itu sahaja. Malah ada jugak kes calon tak tau yang diri dia bertanding!!! Hebat Gila Cadbury beb. Calon pun tak tau bila dia daftar nama.

Yang lagi hebat ialah bila calon yang bertanding pulak tak de nama dalam senarai. Lagi hebat beb. Keajaibannya mengalahkan David Copperfield.
SUNGAI PETANI: Pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Sungai Petani tergendala sekali lagi pada Ahad selepas ahli parti itu mendakwa beliau tidak mengetahui dirinya bertanding untuk jawatan tersebut.

Mohd Sharmizi Nizam Abdu Rahim, 34, berkata beliau terkejut mendapat tahu namanya telah dimasukkan dalam senarai calon untuk Ketua AMK cabang Sungai Petani.

"Saya hanya diberitahu mengenainya pada waktu pagi oleh beberapa rakan saya dalam parti bahawa nama saya ada dalam senarai calon," kata Sharmizi di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini pada Ahad.

Katanya, beliau telah menamakan dirinya sendiri untuk jawatan ketua AMK cabang itu pada pilihan raya pertama yang diadakan pada 3 Mei lalu, tetapi telah ditolak kerana masalah teknikal.

"Saya terima keputusan itu dan membuat keputusan untuk menyokong calon lain iaitu S.Arvind Kumar," katanya.


Semasa pilihan raya cabang itu, Arvind, 31, kecewa selepas namanya tiada dalam senarai, menyebabkan pesaingnya, Adun Bakar Arang, Simon Ooi, menang tanpa bertanding.
Dah tak pasal - pasal je pemilihan Cabang tersebut terpaksa ditunda dan dibuat pada tarikh yang lain. Semuanya hasil keBODOHan PKR sendiri. Bukan salah orang lain.

Maknanya, memang berbaloi sangat la beruk - beruk SAMM tu berguling - guling atas jalan raya meroyan mintak SPR jalankan Pemilihan yang ADIL dan TELUS.

Sepatutnya, sebelum diorang nak berguling - guling atas jalan raya buat tuntutan pada orang lain, baik diorang buat tuntutan tu terhadap PKR terlebih dahulu. Jangan la asyik nampak salah orang lain je sedangkan salah sendiri diorang buat - buat tak nampak pulak!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. PKR dan Pakatan mempunyai banyak liku dalam proses pengukuhan parti menentang keraaajaan yang diwakili parti dengan syaitan yang dikenali.

    Bagus, kerana Pakatan selalu diperhatikan dan promosi ini akan meningkatkan Pakatan.

    BalasPadam
  2. sebab tu bila dah kenal bebenor setan2 tu, makanya ditendang keluar..truuuss tertubuhnya PGAYR & hamPAS..wkwkwkwk

    BalasPadam
  3. Bila sering mencari kesalahan org lain....ini la akibatnya. Pemilihan parti pun tak mampu nk selesaikan...mcm mana nk mentadbir malaysia? Rakyat menilai dan akan diterjemahkan semada pru14. Say no tu PR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping