Ahad, Jun 01, 2014


Biar pun pahit tapi perlu ditelan juga. Itu ungkapan orang lama yang melihat kepada realiti semasa. Walaupun menang di Teluk Intan, tapi kita perlu sentiasa beringat.

Berpijak la dibumi yang nyata. Jangan kita bangga sangat dengan kemenangan hari ini. Itu diantara nasihat yang SH tujukan khas buat Datuk Mah Siew Keong.

Sungguh pun kemenangan semalam memberi satu kejutan budaya kepada DAPigs yang selama ini ingat diri mereka tidak tercabar, tapi kita juga perlu sedar tentang hakikat.

Realitinya, Datuk Mah hanya menang 238 undi sahaja. Ianya jumlah majoriti yang sangat kecil. Betul ada orang kata, "Satu undi pun kita dah menang".

Tapi itu bukan alasan untuk mereka berhenti dari menjalankan tugas yang lebih berat dimasa akan datang. Tanggungjawab Datuk Mah lebih besar dari yang dia sangkakan.

Mungkin PM dah bagi jaminan, sekiranya Datuk Mah menang, maka dia akan diberi jawatan sebagai Menteri Kabinet. Tapi itu pun bukan alasan untuk dia mendabik dada.

Kita kena sedar. Usaha untuk meraih semula sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional masih jauh dari kenyataan. Datuk Mah menang pun sebab lawan dia orang Melayu.

Langkah sumbang yang dilakukan oleh DAPigs memberi laluan mudah untuk Datuk Mah meraih 71 undi lebih dari yang dia dapat dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Kita juga perlu ingat. Termasuk Datuk Mah, dua orang pemimpin dari kalangan orang Cina hanya memperolehi majoriti mudah untuk menang.

Datuk Mah sebagai Presiden Gerakan hanya dapat undi majoriti sebanyak 238 undi. Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA hanya dapat 379 undi je.

Maknanya, kedua - dua pemimpin besar bagi parti yang mewakili majoriti Cina ni hanya dapat majoriti kurang dari 500!!! Jadi, tak de apa yang perlu dibanggakan sangat.

Sebaliknya mereka perlu berusaha dengan lebih keras untuk meraih sokongan dari kalangan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional. Jangan la dek kerana nak jawatan dalam kabinet, diorang lupa pulak tugas besar diorang ni. Takut nanti, ada jugak yang berputih mata!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. janji memberi gunung emas tidak harus ditunaikan sepenuhnya oleh PM. kemenangan tipis 238 tetap menang - namun langgsung tidak dapat dibanggakan!!!. cuba banding kemenangan mejoriti 30,+++ dap ditasik gelugur. terbaru dato mah menjadikan 2 MP gerakan diparlimen tidak dianggap mewakili cina SATU jawatan kabinet tetap mengundang beribu persoalan, diwaktu terdekat 2MP Gerakan diarah kerja keras dahulu mendekati cina bukan dibagi kerusi empok dikabinet///.

    PM jangan terus leka dengan mudah meletak jawatan kabinet kepada mereka yg belum terbukti kesungguhan dalam team BN ini mengundang padah dan krisis dalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, Semua kena hati2. Cina msh lg undi Pakatan Pembangkang. . . Jgnlah kalian mjd GUNTING DLM LIPATAN, MUSUH DLM SELIMUT & MUSANG BERBULU AYAM, krn kalian umpama ANAI-ANAI yg mrosakkn semuanya dr dlm n robohlah segalanya. . . Galakkn pljr2 d IPT baca Delima Melayu semula. Teringat masa d Kolej, pensyarah Cina yg suruh km baca Delima Melayu ini. . .

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping