Mampu ke PKR nak selesaikan pemilihan mereka pada 28 Jun nanti? Itu persoalan yang wajar dijelaskan oleh Si Joe Bedul tu sendiri.
Dia perlu jelaskan bagaimana mungkin pemilihan parti itu mampu diselesaikan berikutan pelbagai aduan serta laporan telah pun dibuat dikalangan ahli.
Dalam kenyataan media semalam, Si Joe Bedul tu dengan yakin menyatakan bahawa PKR akan menyelesaikan pemilihannya pada hari Sabtu, 28 Jun nanti.
“Keputusan bagi pengundian kesemua cabang seluruh negara akan diumumkan selewat-lewatnya pertengahan Julai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.
Biar pun sesi pemilihan dijangka tamat hujung minggu ni nanti iaitu sebelum masuk bulan Ramadhan, tapi isu yang dibangkitkan sebelum ini masih belum selesai.
PKR masih lagi tidak mampu untuk menyelesaikan segala aduan serta laporan yang telah dibuat oleh ahli diperingkat akar umbi. Jadi, macam mana pemilihan parti tu nak selesai?
Sebagai contoh, bantahan yang dibuat oleh sebilangan ahli di Kemaman mengenai status Si Rafizi tu sendiri. Adakah masalah itu sudah dapat diselesaikan oleh JPP? (Klik Sini)
Bagaimana pulak dengan bantahan yang dibuat oleh ahli terhadap tindakan Si Fuziah Salleh tu di Kuantan yang didakwa menghalang ahli membuang undi? (Klik Sini)
Tak lupa juga dengan dakwaan mengenai penyelewengan, penyalah-gunaan kuasa serta amalan rasuah Politik yang dilakukan oleh calon sepanjang pemilihan. (Klik Sini)
Tu pun kita tak cerita lagi mengenai insiden pergaduhan yang mengakibatkan beberapa orang ahli PKR serta petugas JPP yang dilaporkan turut mengalami kecederaan. (Klik Sini)
Sudahkah semua isu itu diselesaikan oleh Jawatakuasa Pemilihan Pusat yang dipengerusikan oleh Si Joe Bedul tu sendiri? Itu persoalan yang WAJIB dijawab oleh Si Joe Bedul tu.
Itu pun belum masuk cerita bab nak hantar laporan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan lagi. Sebelum ni, ada jugak ahli yang buat laporan kepada RoS.
Mungkin Si Joe Bedul tu dah pening kepala menguruskan pemilihan parti ni. Mungkin dia pun dah meluat tengok perangai puak - puak PKR ni gamaknya.
Jadi sebab itulah dia nak pemilihan parti ni cepat selesai tanpa memikirkan mengenai perkara - perkara yang dibangkitkan. Ini la yang orang kata jenis manusia yang basuh berak pun tak bersih. Taiknya masih melekat, baunya tetap ada!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.