Heh! Pelik jugak kalau PM kata dia tak tau mengenai rombakan kabinet ni. Sebab dia jugak yang berjanji dengan orang di Teluk Intan mengenai kedudukan Datuk Mah.
Salah satu janji yang PM buat sewaktu Pilihan Raya Kecil di Teluk Intan sebelum ini ialah untuk melantik Datuk Mah sebagai Menteri Kabinet sekiranya BN menang.
Maka sekarang, Datuk Mah dah menang dan PM perlu menunaikan janji yang telah dibuat. Dalam erti kata lainnya, sudah tentu rombakan kabinet itu akan berlaku juga.
Jika tidak ada sebarang rombakan kabinet, macam mana PM nak bawak masuk Datuk Mah dalam barisan kepimpinan dan melantik dia menjadi Menteri?
Begitu juga dengan persoalan mengenai kedudukan pemimpin MCA yang masih lagi menjadi tanda tanya sebelum ini. Adakah MCA juga akan diberi kedudukan sebagai Menteri?
Perkara ini dianggap klise oleh sesetengah pihak. Jawapan yang diberikan oleh PM seolah - olah dilihat mahu memperlekehkan rakyat diperingkat bawahan.
Perkara yang sama juga pernah dilakukan sebelum ini apabila wartawan tanya mengenai perubahan Menteri Besar dibeberapa buah Negeri. Ketika itu PM juga menafikannya.
Dia kata tidak ada sebarang perubahan kedudukan Menteri Besar akan berlaku dalam masa terdekat. Tapi selepas 3 minggu kemudian, kemelut kepimpinan Terengganu mula berlaku.
Ianya menyaksikan pertukaran Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kepada Datuk Ahmad Razif dan ianya menimbulkan sedikit kekecohan.
Maka persoalannya, kenapa PM menjawab soalan wartawan "Saya tak tahu" sedangkan sebelum ini dia jugak yang umum pasal kedudukan Datuk Mah? Kalau ye pun nak jawab, kata la "Tunggu masa yang sesuai." Habis cerita!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.