Khamis, Jun 12, 2014


Heh! Heran jugak kita dibuatnya. Apa yang lama sangat nak kena tunggu kalau seseorang tu sibuk sangat nak meruntuhkan masjid? Kenapa perlu tunggu berminggu - minggu?

Rasanya, kalau pasangan suami isteri tu nak bercerai, tak payah susah - susah tunggu keputusan mahkamah. Cukup suami tu je yang lafazkan cerai tu. Habis cerita.

Tinggal lagi, dalam kes Si Nurul Izzah ni, bukan suami dia yang nak bercerai. Sebaliknya Si Nurul Izzah tu yang galak sangat nak buat tuntutan fasakh.

Mungkin dia pun tak mampu nak urus-tadbirkan rumah tangga dia sendiri. Maka sebab itulah dia buat tuntutan fasakh tu dari suami dia. Mungkin sebab itu ianya memakan masa.

Dalam erti kata lainnya, kemelut rumah tangga Si Nurul Izzah tu bukan la salah Si Suami. Tapi Si Isteri tu yang tak sabar - sabar nak bergelar 'Janda Reformasi'!!!

Tapi itulah RETORIKnya Si Nurul Izzah ni. Bila kat atas pentas, sibuk dia mengutuk Kerajaan kerana tak mampu nak urus tadbir Negara dengan baik. 

Padahal, dia nak uruskan rumah tangga pun tunggang langgang!!! Jadi, tak payah la dia nak berlagak dan tunjuk yang dia tu pandai sangat kalau rumah tangga sendiri pun kucar kacir. Setakat bercakap je tak guna. Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR : Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan pengumuman keputusan mengenai status perkahwinan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim yang sepatutnya diketahui hari ini. 

Peguam Syarie, Nor Mawaddah Ramli berkata, ia berikutan Hakim Syarie, Ab Malek Awang yang mengendalikan kes itu tiada di mahkamah berkenaan hari ini kerana mempunyai urusan lain.

"Hakim ada urusan rasmi di Putrajaya, tarikh belum ada lagi," katanya yang mewakili Nurul Izzah. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan suaminya juga tidak kelihatan di mahkamah pagi ini.

Ab Malek sebelum ini menetapkan tarikh 12 Jun dalam kamarnya di depan Nor Mawaddah sebagai wakil Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Ahmad Shahrir.

Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah menetapkan kedua-dua jawatankuasa pendamai yang  dilantik menghantar laporan sebelum keputusan dibuat berhubung permohonan cerai yang  difailkan oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah  Persekutuan 1984, pada awal Januari.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping