Huh! Macam ni punya cerita pun ada jugak ek. Macam - macam betul dunia sekarang ni. Ada yang kemaruk nak disimbahi matahari sampai sanggup buat kerja macam ni.
Ada jugak yang kemaruk tak nak kena matahari. Macam - macam peel manusia ni. Tapi ada sorang lagi manusia yang pelik perangainya. Nanti korang klik kat sini ek. Jangan ada yang kantoi buat kerja macam ni sudah la!!!
TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.
Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.
Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.
"Saya terkejut apabila melihatnya," kata pelajar itu.
Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.
Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.
"Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.
"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring," katanya.
Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: "Oh, baru saya faham maksud awak."
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.