Spekulasi demi spekulasi mula muncul dalam laman media sosial apabila bercerita mengenai tragedi yang menimpa pesawat MH17 yang ditembak jatuh Khamis lalu.
Sehingga hari ini, masih tidak ada pihak yang berani tampil mengakui bahawa itu perbuatan mereka termasuk dikalangan pemberontak Pro Rusia sendiri.
Biarpun semua jari menunding ke arah mereka, namun mereka masih enggan bertanggungjawab ke atas insiden yang dianggap tidak berperikemanusiaan itu.
Apa yang jelas, ada sesetengah pihak mula memberikan pandangan bahawa ianya hanya sekadar untuk mengalih perhatian rakyat dunia terhadap keganasan Israel.
Jika sebelum ini, kecoh satu dunia bercerita mengenai tindakan kejam dan zalim yang diambil oleh Rejim Zionist itu terhadap rakyat di Palestine.
Pembunuhan kejam terhadap kaum wanita dan kanak - kanak yang dilakukan oleh sekutu kuat Amerika itu mendapat kecaman serta dikutuk oleh rakyat seluruh dunia.
Hari ini, angka kematian rakyat Palestin dilaporkan mencecah 337 orang yang melibatkan kanak - kanak, wanita dan orang tua setelah digempur oleh Rejim Israel.
Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Gaza, turut melaporkan, seramai 2,385 penduduk lagi cedera akibat terkena bedilan tentera udara, darat dan laut Israel.
"Bedilan Israel di Beit Hanun mengorbankan lima sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berumur enam dan dua tahun. Empat lelaki turut maut dalam dua serangan berasingan di Beit Lahiya," katanya.
Nah!!! Tidak mustahil sekiranya insiden serangan terhadap pesawat MH17 itu dilakukan bagi mengalih perhatian rakyat dunia terhadap kekejaman Israel.
Memandangkan desakan demi desakan disuarakan oleh rakyat seluruh dunia agar kekejaman itu dihentikan, membuatkan Amerika sendiri dalam keadaan tak tentu arah.
Maka, untuk mengurangkan tekanan yang diberikan terhadap pentadbiran White House, satu tindakan drastik perlu diambil dengan mengorbankan orang yang tak berdosa.
Sekarang Amerika perlu melakukan apa yang sewajarnya mereka lakukan. Hentikan peperangan di Gaza dan bantu Malaysia mencari dalang disebalik serangan terhadap MH17. Jangan diorang setakat nak lepas tangan pulak!!!
Sememang nya dalang itu adalah AS dan Isreal supaya dapat mengalih pandangan dunia dari penganiayaan mrk di Gaza.
BalasPadamSatu lapuran yg tepat.
Syaitan punya Yahudi zionis dan semua sekutunya laknatullah, zalim dah ramai org Islam yg dibunuhnya, sengaja cipta perang sudah tidak aman dunia ni makhluk perosak hati syaitan maanusia binatang.
BalasPadam