PAS hari ini sekali lagi menafikan Hadi Awang tidak menyokong usaha menggantikan Menteri Besar Selangor kerana ada pertalian rapat dengan dua individu yang berkhidmat di negeri itu.
Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan bahawa pertalian Abdul Hadi dengan Perunding Eksekutif dan Penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Raja Idris Raja Kamarudin serta menantunya Zaharudin Muhammad bukan alasan kukuh parti itu enggan mengikuti PKR-DAP.
Untuk rekod Zaharudin adalah Pengurus Unit Hal Ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan KDEB.
"Tidak, bagi PAS bukan kaitan dan tiada kena mengena dengan isu. Isunya perkara ini kena dibincangkan di peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Tetapi setakat ini isu tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi secara serius," katanya kepada Antarapos.
Kata Pak Berahim, dakwaan tersebut tidak membawa erti kepada mana-mana pihak malah ianya bukan opsyen politik untuk mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
"Jadi bukan soal dia anak menantu ataupun Raja Idris sebagai penasihat KDEB, itu tak timbul dan bukan faktor itu. Tidak timbul langsung perkara itu," tegasnya.
Minggu lalu sebuah portal berita melaporkan Hadi Awang sehingga kini masih tidak menyokong usaha PKR-DAPigs untuk mengenepikan Khalid Ibrahim sebagai MB.
Ianya berikutan Presiden PAS itu didakwa telah 'diikat' melalui Zaharuddin serta Raja Idris, yang juga merupakan sepupu kepada Sultan Selangor.
Portal tersebut mendakwa Khalid Ibrahim mempergunakan Zaharuddin untuk 'mengikat' Hadi Awang selain Raja Idris digunakan untuk mendedahkan maklumat termasuk gerakan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.
Dikatakan PKR dan DAP masih mencari jalan bagaimana mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, didakwa tidak disokong Abdul Hadi.
Bahkan pemimpin tertinggi Pakatan turut bertemu Abdul Hadi untuk membincangkan usaha menukar Abdul Khalid, tetapi Ahli Parlimen Marang itu kononnya menolak usaha tersebut. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.