SH malas nak tulis panjang - panjang. Elok jugak kalau ianya diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan. Ada bagus jugak saranan yang diberikan.
Jangan setakat tengok satu benda je. Bab gelendangan tu je yang nak dipandangnya. Macam mana pulak dengan 'Sampah Sarap' dibelakang Jalan Chow Kit tu?
Yang duduk bersarang di Lorong Haji Taib dan Jalan P.Ramlee tu jangan buat - buat tak nampak pulak. Yang tu perlu dibersihkan jugak oleh DBKL.
Kenakan tindakan yang tegas. Sesiapa yang Melacur, Melanggan Pelacur, Membuka Rumah Pelacuran sama ada dengan lesen atau tidak, semuanya perlu didenda.
Kalau orang bagi sedekah boleh DBKL nak denda sebanyak RM 150, yang buat kerja Haramjadah tu perlu dikenakan denda sebanyak RM1,500 seorang. Biar diorang ada akal.
Itu pun belum kita sebut pasal pusat Hiburan Maksiat macam Pub dan Disko yang turut dikungjungi oleh orang Melayu Islam di Jalan P.Ramlee tu.
Itu pun satu bab yang perlu diberi perhatian jugak. Jadi, harap Pak Menteri bagi perhatian kepada perkara ni. Jangan dia setakat nampak gelendangan dan pengemis ditepi jalan je yang dianggap sebagai mencemar kawasan bandaraya Kuala Lumpur tu!!!
"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," kata Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dalam laman Facebooknya..
Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.
"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.
"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.
Apakata, Dr Asri turun padang bantu k'rajaan membasmi ladang babi maksiat, yg banyak membuka peris maksiat tauke nya adalah bangsa Cina yg tak sedar diri,.ibu segala jenayah, k'rajaan mesti tegas. NGO pembangkung turut sama jgm asyek berpolitik pelihan raya pun dah selesaibarulah makmur damai sejuk mata memandang.
BalasPadam