Di sebalik pelbagai desakan malah 'orang kuatnya' pula dikenakan tindakan dalaman parti, seorang Adun di Selangor berkata, Khalid Ibrahim perlu diberi peluang untuk bangkit memulihkan kepincangan yang berlaku.
Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, setiap pemimpin ada kelemahan tersendiri dan perkara itu adalah biasa kerana tidak ada pemimpin yang 100 peratus betul.
“Beri peluang kepada Abdul Khalid laksanakan perancangannya untuk kebaikan semua. Bukannya parti sendiri menekan dari dalam. Cuma Abdul Khalid kena ingat bahawa dia naik atas nama parti,” ujar bekas pesuruhjaya Pas itu.
Beliau mengulas desakan segelintir pimpinan PR Selangor yang seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politik Abdul Khalid akhir-akhir ini.
Abdul Rani turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang berhasrat menggulingkan Abdul Khalid kerana tewas dalam perebutan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, baru-baru ini.
“Kalah di cabang bukan alasan untuk minta Abdul Khalid berundur, perkara ini normal dan tidak perlu wujud pertikaian.
"Lagipun bukan beliau seorang sahaja pimpinan yang tewas di peringkat cabang, ramai lagi yang tewas dan tidak menjadi masalah pun,” katanya.
Menurutnya, setakat ini isu pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor dan perbincangan calon gantian belum pernah dibincangkan lagi.
“Kita belum pernah bincang pun, calon pun belum tahu siapa malah dari parti mana pun tidak pernah dibangkitkan.
“Ini kerana suara-suara yang mahukan MB (Menteri Besar) ditukar bukanlah suara konsensus majoriti rakan PR dan ada kalangan rakan pakatan sendiri tidak mahu posisi MB ditukar," katanya.
Ketika ditanya kelayakan Mohamed Azmin Ali menggantikan kedudukan menteri besar, katanya, Adun Bukit Antarabangsa itu juga mempunyai kelemahan tersendiri, malah sesiapa sahaja layak menduduki jawatan MB.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.