Rabu, Julai 30, 2014


Dakwaan mengatakan PKR sebagai "Parti Keluarga" Si Ketua Penipu tu bukannya perkara baru. Sebaliknya PKR sekarang itu hanya mampu melahirkan pengampu-pengampu sahaja.

Kata Ruslan Kassim, ianya berikutan pemecatan Arijan Osman, ahli PKR Kuala Selangor yang didapati membuat laporan terhadap PKR kepada RoS sebelum ini.
"Iyalah, parti mereka pun parti keluarga jadi mereka pentingkan keluarga dan orang disekeliling keluarga mereka. 

"Jadi, mereka tak ubah apa apa yang mereka perjuangkan adalah untuk mereka memperjuangkan mereka yang berada...untuk melahirkan pengampu-pengampu sajalah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

"Mereka nak lahirkan bukan pejuang agama, bangsa dan negara tetapi lebih kepada pengampu-pengampu dan pembodek-pembodek yang akan hanya mengesahkan dan mengiakan apa saja yang dibuat oleh pimpinan mereka.

"Jadi, akhirnya mereka akan beraja dimata, berhakim di hati dan bersaksi di kepala lutut. Itu yang sedang berlaku sekarang ini," ujarnya.   
Arijan telah dipecat oleh Lembaga Disiplin parti yang diputuskan dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Tian Chua.

Perkara itu hanya dimaklumkan kepada Arijan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Dato' Dr Tan Kee Kwong melalui satu kenyataan yang dibuat kepada pihak media.
"Beliau telah didapati membuat laporan terhadap parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 14hb Julai untuk membatalkan pemilihan Cabang Kuala Selangor.

"Dan memberi kenyataan media yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Antarapos, dan Sinar Harian," katanya. 
Terdahulu Arijan mendakwa dua orang perempuan dengan membawa pensil dan pemadam dilihat memasuki bilik pengiraan undi di ibupejabat PKR.

Kejadian berlaku sewaktu proses pengiraan undi Cabang Kuala Selangor baru-baru ini diadakan apabila dua perempuan itu didapati menyelinap masuk ke bilik itu ketika tempat pengiraan undi itu terputus bekalan elektrik.

Mengulas lanjut Ruslan berkata PKR ini adalah parti kuku besi apabila bertindak sedemikian malah menyifatkan parti itu sebagai parti 'cakap tak serupa bikin'.
"Jadi, maknanya mereka ini parti kuku besilah, tak payah dan tak layak mereka ini nak berbicara tentang mereka memperjuangkan hak asasi sebab apa yang mereka praktik lain pulak apa yang mereka cakap," tegasnya.
Malah, Ruslan berkata PKR kini mengamalkan budaya 'matlamat menghalalkan cara' semata-mata mahu mempertahankan serta mengekalkan kuasa serta kedudukan sedia ada hanya untuk pemimpin tertentu dalam parti itu sahaja!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping