Hehehe!!! Nampak gayanya puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu terus dimalukan oleh semua pihak apabila diorang mencadangkan agenda pertukaran Menteri Besar Selangor tu.
Jika sebelum ini, PKR jelas telah dimalukan oleh Presiden PAS serta kepimpinan parti tersebut secara terang - terangan dengan menolak cadangan yang telah dibuat.
Hadi Awang sebelum ini menegaskan bahawa dia masih mahu Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana masih dianggap tidak mengkhianati kepercayaan rakyat.
Pendirian yang dibuat oleh Si Hadi Awang tu bukan sahaja mendapat sokongan dari Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ketua Pemuda PAS Negeri.
Malah ianya turut mendapat sokongan secara terang - terangan dari Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS dan Mursyidul Am PAS dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Nah!!! Sekarang giliran Astro Awani pulak mendedahkan kemaluan PKR apabila undi atas talian dibuat melalui laman portal mereka mengenai isu kemelut kepimpinan di Selangor tu.
Laman portal tersebut memuat-naikkan ruangan undian tersebut dan terbukti pengunjung mereka masih mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Khalid menduduki senarai teratas dalam carta undian dengan bilang 'Undi Popular' sebanyak 61.28 peratus, manakala 19.97 peratus tidak mengundi mereka yang disenaraikan.
Wan Azizah, calon yang diumumkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini hanya sekadar menduduki tempat ke-3 dengan jumlah peratusan sebanyak 9.22 peratus.
Nah!!! Sekarang sudah terbukti bahawa Si Khalid Ibrahim tu masih lagi dikehendaki oleh masyarakat umum untuk terus kekal menerajui Rejim Pakatan Selangor.
Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu meroyang tak tentu arah bercerita pasal 'Undi Popular'. Sekarang, adakah dia akan ikut 'Undi Popular' yang telah dibuat? Atau dia hanya setakat tau nak Menipu Rakyat je kerjanya!!! Kalau sekadar bercakap je, baik tak payah!!!
Sejak bila pula Azizah dapat gelaran Datuk Seri?
BalasPadam