Nampak gayanya kemelut kepimpinan dalam PKR di Selangor tu tak nampak jalan penyelesaian yang mudah. Sebaliknya ia bertambah kronik dan memualkan.
Desas desus mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor tu semakin hari semakin rancak kedengaran pada ketika ini selepas pengumuman dibuat oleh Si Ketua Penipu tu.
Dengar katanya, sekarang sudah bermula 'Rundingan Sulit' pihak pemberontak dengan puak - puak penyokong Si Khalid Ibrahim tu sedang rancak dijalankan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Politik kepada Si Khalid Ibrahim tu dalam kenyataan yang dibuat kepada pihak media.
Dia yang bertindak sebagai pengantara memberitahu, Si Khalid Ibrahim tu tak perlu nak lepaskan jawatan sekiranya dia memenuhi syarat - syarat yang ditetapkan.
"Kami masih dalam proses rundingan. Terdapat beberapa syarat yang Anwar mahu Khalid penuhi. Jika beliau bersetuju, Khalid mungkin kekal sehingga penggalnya tamat," katanya ketika dihubungi.
Namun, Azman enggan mendedahkan secara terperinci syarat-syarat tersebut kerana ia 'sulit dan persendirian' tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan projek di negeri itu.
Nah!!! Biarpun Setiausaha Politik kepada Si Khalid Ibrahim tu kata ianya tidak ada kaitan dengan sebarang projek di Negeri tersebut, tapi alasan tu bukannya boleh percaya sangat.
Sebelum ni, dalam pemilihan PKR sendiri pun dah wujud unsur - unsur rasuah dan penyelewengan berlaku dilaporkan dalam laman media secara terbuka.
Jadi, nak heran apa kalau perkara yang sama jugak berlaku dalam rundingan sulit yang dibuat diantara puak pemberontak dan jugak kumpulan Pro Khalid tu sendiri.
Kemungkinan besar ada syarat - syarat yang ditetapkan bakal menguntungkan pihak tertentu. Nak pulak dikalangan pemimpin Pakatan tu sendiri.
Dari apa yang dilaporkan sebelum ini, penentangan DAPigs terhadap Khalid adalah disebabkan mereka tak dapat projek dari Rejim Pakatan Negeri.
Itu pun satu alasan yang perlu diberi perhatian. Maka dalam keadaan itu, pihak berkuasa perli mengambil tindakan yang sewajarnya. Nak pulak dikalangan pihak SPRM. Diorang perlu pantau keadaan semasa dengan lebih teliti. Jangan main lepas tangan pulak!!!
sprm pun manusia juga, dia makan dan minum supa kito jah, dia pun ada perasaan juga.
BalasPadam