Huh! Pelik jugak. Kenapa pulak Si Pak Mus ni tetiba je nak keluarkan kenyataan dan menjelaskan pertemuan diantara Presiden PAS tu dengan Si Khalid Ibrahim?
Ini mesti sebab ada orang yang masih lagi mempertikaikan pendirian PAS berkaitan dengan isu kedudukan Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar sebelum ini.
Kalau kita baca semula kenyataan serta dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini, semuanya jelas masih lagi skeptikal terhadap pendirian Si Hadi Awang tu.
Ada yang buat cerita kononnya Si Hadi Awang tu agak keberatan nak menyokong gerakan menggugurkan Khalid Ibrahim tu sebagai MB sebab dia ada kepentingan tersendiri.
Sementelah anak menantu serta kawan karib dia bekerja dengan Si Khalid Ibrahim tu, maka ianya membuatkan Si Hadi Awang tu teragak - agak untuk membuat keputusan.
Mungkin kisah itu masih lagi menjadi satu persoalan dikalangan ahli - ahli PAS kerana sehingga hari ini, PAS masih belum berani nak buat sebarang pendirian mengenainya.
Yang ada pun setakat hari ini hanya kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin PAS di Selangor tu sendiri. Ada yang sokong dan ada jugak yang bantah.
Maka, tak mustahil kisah mengenai hubungan Si Hadi Awang tu dengan Khalid kembali menjadi hangat diperbualkan apabila diorang buat pertemuan secara sulit.
Cuma persoalannya, sekiranya pertemuan itu satu pertemuan biasa, kenapa perlu Si Pak Mus tu sampai tahap nak buat kenyataan media? Takkan la dia pun dah mula Takut Dengan Bayang - Bayang Sendiri!!!
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan pertemuan yang berlangsung lewat malam tadi bersama Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah satu perjumpaan biasa yang diadakan pada bulan Ramadan.
Tegas beliau, ketiga-tiga pemimpin langsung tidak menyentuh berkenaan dengan isu politik atau parti masing-masing di sepanjang masa pertemuan tersebut berlangsung.
“Itu hanya pertemuan biasa yang berlaku di kalangan pemimpin. Kami sudah lama tidak berjumpa, jadi selepas masing-masing menunaikan ibadah terawih, kami ambil kesempatan untuk berkumpul dan bersembang santai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.