Penyokong Brazil bersorak dan menari bagai pesta untuk meraikan kemenangan Jerman selepas gergasi Eropah itu menewaskan Argentina yang juga musuh ketat kepada skuad tuan rumah itu.
Di bandar Brasilia dan Sao Paulo, percikan bunga api dilepaskan penyokong Selecao selepas Mario Goetze menjaringkan gol pada masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan Jerman di Stadium Maracana, di sini.
Di kawasan riadah berhampiran stadium, penyokong Brazil melaungkan kata-kata “menangis! menangis! kepada penyokong Argentina sambil mengejek supaya mereka tidak menangis buat Brazil.
Ribuan peminat Argentina yang berhimpun di pantai Copacabana di Rio bagi menonton perlawanan itu menerusi skrin gergasi hanya mampu terdiam dan tidak berkata apa-apa.
Sementara penyokong Selecao mengambil kesempatan di pantai itu untuk menyanyi dan menari, ada pula yang mengibarkan bendera Jerman, tanda sokongan kepada pasukan kendalian Joachim Loew.
“Syukur..syukur, Jerman menang. Jika Argentina menang, mereka akan meraikannya di tempat kita selama bertahun-tahun,” kata penyokong tuan rumah itu, Caio Ferraz, 45, yang memakai jersi kelab Rio, Flamengo berjalur merah hitam yang menyamai jersi Jerman.
“Kita tidak mahu Argentina menang di sini (di Brazil). Jangan sekali-kali. Jerman pasukan dihormati walaupun mereka sudah membelasah pasukan kami,” kata seorang lagi penyokong Brazil, Cassio Conceicao, 51.
Sementara itu penyokong Jerman, Julian Deutz pula gembira dan tidak menyangka sokongan luar biasa daripada penyokong tuan rumah kepada pasukannya.
“Sangat hebat apabila Brazil menyokong kita. Tetapi kita juga berasa kasihan kepada Brazil yang tewas di peringkat separuh akhir,” katanya. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.