"Adik Firdaus beraya dengan JKM". Itu tajuk yang disiarkan dalam laman portal Sinar Harian mengenai perkembangan terkini adik Muhammad Firdaus Dullah.
Bila membaca berita mengenai adik Muhammad Firdaus tu, teringat pulak cerita seorang makcik ni yang memang meluat dengan kenyataan Si Wardina sebelum ini.
Bagi makcik tu, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon iklan susu kanak - kanak tu jelas memualkan dan tidak wajar dibuat tanpa usul periksa. Kata makcik tu;
"Nak beli susu yang dia jadi model iklan tu pun sikit punya mahal harganya di pasaraya. Rasanya, tak de orang yang mampu nak beli melainkan anak orang kaya raya macam dia. Pun lagi dia nak cerita pasal bantuan Kerajaan ke?" jelas makcik tersebut.
Nah!!! Ada betul jugak apa yang makcik tu kata. Kalau kita pergi ke pasaraya, susu yang diiklankan oleh Si Wardina tu memang mahal jika nak dibandingkan dengan harga susu lain.
Malah tak termampu der golongan pertengahan nak membelinya. Apatah lagi bagi mereka yang kurang kemampuan. Harga setin atau sekotak susu tu boleh beli 3 tin susu biasa.
Kalau dah susu tu mahal, bayangkan la berapa pulak bayaran yang dibuat kepada Si Wardina tu untuk berlakon iklan tersebut. Dah tentu - tentu mahal jugak bayarannya.
Jadi, usah la Si Wardina tu sekadar nak tunjuk yang dia bagus sangat dengan mempertikaikan orang lain. Sekali sekala, tunjukkan keikhlasan dia membantu golongan yang memerlukan. Setakat pandai kondem orang je, baik tak payah!!!
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu remaja orang kurang upaya (OKU), adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 bakal keluar dari hospital, hujung minggu ini.
Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, keadaan Muhammad Firdaus semakin baik dengan peningkatan berat badannya kepada 17.3 kilogram (kg)
"Dia akan diletak dalam institusi kami. Dia akan beraya dengan kamilah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga turut mengalukan ibu dan waris-waris Firdaus yang lain untuk datang menziarah.
"Kami alu-alukan ibunya datang melawat dan juga waris-waris lain. Supaya Firdaus merasa gembira melihat ramai keluarga datang menziarah," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.