Isnin, Ogos 18, 2014


Sama ada ianya dinafikan atau pun tidak oleh Si Nasa Tantawi, hakikatnya Si Hadi Awang tu telah pun berjaya dibuli oleh puak - puak Parasit dalam PAS.

Maka sebab itu keputusan PAS Pusat hari ini dilihat membelakangkan pendirian yang telah dibuat sebelum ini dengan hanya beralasankan kepada status Khalid.

Antara lain, pendirian PAS hari ini menegaskan bahawa mereka menyokong cadangan PKR untuk menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Alasan yang diberikan ialah kerana Khalid bukan lagi anggota Pakatan setelah dia dipecat oleh PKR sebelum ini. Maka sebab itu PAS "Setuju Bersyarat" dengan cadangan PKR.

Syarat yang ditetapkan oleh PAS ialah supaya nama Si Azmin tu juga turut dicalonkan sebagai pengganti kepada Si Khalid Ibrahim selain nama Wan Azizah.

Dengan keputusan tersebut membuatkan Si Azmin Ali tu mampu tersenyum keseorangan kerana teruja dengan pencalonan yang telah dibuat oleh PAS.

Punya la dia rasa teruja sampai tahap ianya tak mampu nak diluahkan dengan kata - kata. Dia terasa yang diri dia lebih dihargai oleh orang luar dari keluarga dia sendiri.

Namun, disebalik kemelut itu, ada juga cerita dari sumber dalaman yang menyatakan bahawa Si Hadi Awang tu telah dibuli oleh AJK PAS Pusat sewaktu mesyuarat siang tadi.

Katanya, Hadi Awang hanya dapat sokong dari kalangan minoriti AJK PAS Pusat dan selebihnya tetap menyokong cadangan yang dibuat oleh PKR.

Hadi Awang katanya masih tetap mahu mempertahankan Khalid berdasarkan prinsip Syarie yang dinyatakan sebelum ini. Tapi dia tak mampu nak membuatkan orang lain bersetuju.

Majoriti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tu masih juga mahu PAS mengikut desakan yang diketengahkan oleh PKR dan DAPigs supaya menggugurkan Khalid.

Alasan mereka masih sama seperti diatas, Khalid bukan lagi anggota Pakatan. Malah cadangan untuk menarik Khalid sebagai ahli PAS juga turut ditolak oleh AJK PAS Pusat.

Apa boleh buat. Itulah nasib yang terpaksa diterima oleh PAS hari ini. Biarpun dikalangan ahli peringkat akar umbi sendiri pun tidak bersetuju dengan cadangan PKR tu, diorang pun tak mampu nak buat apa. Pemimpin diorang sendiri pun setakat jadi Pak Angguk Saja!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping