PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu. Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.
Biasa lah perangai iblis. PKR tu parti iblis kerana ketum kepala iblis. Jadi bila tidak dapat apa yang dia cita maka di gunakan ugutan. Hadi bukan tak mampu. Petik ajer jari semua ahli Pas akan hulur sumbangan untuk settlekan, Tapi selepas ini Pas akan tengok PKR dengan pandangan yang amat "laser". Tapi ahli Pas jangan relax sangat kerana ketua iblis tu ada perancangan untuk jatuhkan Hadi dan gantikan dengan sekor anjing mereka yang penganut syiar. Pas, korang pikir2 lah. Korang sebenar nya sudah "tergadai" apabila membuat perjanjian syaitan dengan Anwar dan DAP. Bertegas lah mencari jalan keluar yang selamat. Sebenar nya Pas kuat. PKR dan DAP yang sangat perlukan PAS untuk di KELDAIKAN.
BalasPadamhadi menang pru 13 dengan hasil fitnah calon pkr. dari itu bermula dari hari kemenangannya apa apa yg hadi terima adalah hasil fitnah. kok ada elaun adalah hasil fitnah kok ada ganjaran adalah hasil fiitnah. kok ada jamuan adalah hasil fitnah. kok ada pembanginan yg di buatnya adalah hasil fitnah. sebabnya jawatan yg di sandang sekarang adalah hasil memfitnah orang lain.. Samalah kalau kita dapat jawatan dari hasil sijil palsu. apa apa yg kita perolehi seperti gaji elaun jamuan dan sebagainya adalah dari hasil menipu sebab jawatan kita bersanndarkan sijil tipu. RENUNG RENUNGKAN LAH
PadamPas barua totok daPig
BalasPadamBuatlah lagi doa kehancuran dan pecah perut.
BalasPadamSkrg Allah telah makbulkan, terimalah apa yg dihajati.
betulbetul betul
Padam