Heh! Macam yang kita ketahui, inilah dunia Politik namanya. Macam - macam benda boleh berlaku dalam dunia Politik ni. Keputusan boleh berubah dalam sekelip mata.
Dan seperti yang kita juga sedia maklum, orang macam Si Hadi Awang tu masih juga dianggap sebagai seorang Ahli Politik. Biarpun dia seorang Tok Guru agama.
Kot kalau dia Tok Pekung Siam sekali pun, kalau dah bergelumang dalam dunia Politik ni, maka dia akan tetap dianggap sebagai Ahli Politik. Perkara tu tak perlu dinafikan.
Tapi, apa yang membezakan seorang ahli Politik tu dengan orang lain ialah pendirian dan asas perjuangan mereka dalam Politik tu sendiri. Kalau baik, orang suka.
Jika sebaliknya, maka dia akan jadi 'Public Enemy Number One'. Cuma, kebiasaannya hari ini, Ahli Politik yang jahat tu jugak yang orang suka. Yang kuat menipu tu jugak yang dipilih.
Jadi, tak salah seandainya ada pihak melabelkan Si Hadi Awang tu sebagai MUNAFIK sekiranya perkara itu benar - benar berlaku dalam masa terdekat ni.
Kalau sebelum ini, Si Hadi Awang tu menyatakan bahawa dia tetap menyokong Si Khalid Ibrahim tu untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor dengan alasan Syariat.
Kata Si Hadi Awang tu, Khalid tidak boleh digugurkan selagi dia tidak dibuktikan secara sah melakukan penyelewengan dan membelakangi tuntutan Syariat Islam.
Namun, lain pulak yang didedahkan oleh satu sumber berkaitan dengan kemungkinan pendirian Si Hadi Awang tu bakal berubah ekoran perkembangan terkini di Selangor.
Kata sumber tersebut, Hadi Awang sedia menerima cadangan PKR dan menolak kepimpinan Khalid Ibrahim berhubungan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor tu.
Katanya, Hadi Awang juga turut sanggup menutup pintu terhadap Khalid seandainya PKR boleh tampil dengan calon alternatif lain bagi menggantikan Menteri Besar Selangor tu.
Dalam erti kata lain, sekiranya PKR sedia menamakan orang lain selain dari nama Wan Azizah, maka Si Hadi Awang tu sedia untuk menerima cadangan PKR.
Dia sanggup menikam belakang Khalid secara terang - terangan kalau calon yang diketengahkan oleh PKR tu adalah bukan isteri kepada Si Ketua Penipu tu.
Persoalannya, jika benar perkara itu akan berlaku, dimana Hadi Awang letak kedudukan Syariat Islam yang dilaung - laungkan sebelum ini?
Dimana letaknya maruah dia sebagai seorang pemimpin parti yang KONONnya nak memperjuangkan Islam tu? Kat dalam tong sampah? Kat dalam longkang?
Hanya semata - mata kerana dambakan Kuasa Dunia, sanggup ke Si Hadi Awang tu terjun dalam lobang taik yang dikorek oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini? Kalau dia sanggup, jangan salahkan orang anggap dia sebagai MUNAFIK dikemudian hari!!!
Jangan jadi munafik yang lebih hina dari kafir dengan melaga lagakan orang.
BalasPadamTIDAK mustahil ini akan berlaku. PAS tidak bolih di percaya i
BalasPadamMana2 Tok Guru yang direct bergelumang dalam politik dan bercakap cara orang politik memang aku tak ngaku dia Tok Guru...sbb semua Tok Guru ni bodoh dalam hal politik...tok sah cakap la dia belajar melangit pun dalam bab hadith dan al Quran...memakai jubah berlapis2 serta serban sebesar bakul sebab sikit sebanyak bila berpolitik masa kini mesti ada unsur menipu dan memfitnah...tak kira la dalam aspek aper pun...so bila ada unsur2 itu...martabat Tok Guru jd hancus...mungkin di dunia dipuja dan dipuji...di akhirat belum tentu...
BalasPadamBetul tu Tuan, politik tidak ada yg jujur kebanyakkan nya kerana kuasa dan kepentingan diri.
Padam