Kalau tengok gaya, memang dia tak berani nak dedahkan sebab musabab kenapa dia dikutuk dan dihina oleh parti dia sendiri sejak awal tahun yang lalu.
Tapi bila ditanya soal kenapa dia ditolak sedemikian rupa, tak nak pulak dia jawab. Tak nak pulak dia mendedahkan perkara sebenar kepada rakyat.
Jika sebelum ini, ada pihak buat cerita kononnya dia sekadar bermain wayang je menolak pencalonan Si Wan Azizah yang diumumkan oleh Si Ketua Penipu tu. (Klik Sini)
Kononnya kata mereka, wayang tersebut perlu bagi mengekang dan menghalang Si Azmin tu dari menduduki kerusi Menteri Besar Selangor untuk menggantikan dia.
Soalnya, adakah benar dakwaan yang dibuat? Betul ke dia sanggup menipu rakyat sedemikian rupa demi menyekat keghairahan nafsu Politik Si Azmin Ali tu?
Sekarang sudah tiba masanya untuk Si Khalid Ibrahim tu tampil berterus terang dengan rakyat bagi meredakan kemelut kepimpinan yang melanda PKR di Selangor.
Perkara itu perlu dilakukan secara terang - terangan tanpa berselindung disebalik kenyataan RETORIK yang pernah dilakukan sebelum ini.
Ianya penting bagi menjamin Kebajikan Rakyat diutamakan dan tidak membiarkan rakyat menderita akibat kerakusan kuasa sesetengah pihak.
Bak kata Si Noh Omar dalam kenyataan media dia semalam, pendedahan mengenai punca kemelut yang melanda Selangor dapat memberi ingatan kepada Si Ketua Penipu tu.
"Anwar lupa, beliau ingat masih lagi ada kuasa. Beritahu Anwar, nak pilih MB tak sama macam nak pilih Presiden PKR.
"Seperti juga Anwar tawar diri nak lawan isteri dia. Selangor ada perundangan, jadi kita kena patuh. Saya percaya MB kini sudah berani seperti dalam menandatangani perjanjian air.
"Saya harap Khalid kena berani dedahkan kemungkinan dan sebab tertentu yang menyebabkan PR tidak senang dengan Khalid.
"Hadi dan Nik Aziz setuju Khalid kekal tapi kenapa PR tak nak?," soalnya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang, tengah hari tadi.
Apa yang penting, Si Khalid Ibrahim tu perlu berani bertindak seperti seorang 'Anak Jantan' demi menjaga nama baik Negeri Selangor sendiri. Jangan biarkan "Orang Luar" pulak yang berlagak nak tunjuk diorang berkuasa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.