Isnin, Ogos 04, 2014


Halahai!!! Tak sangka pulak PAS ni betul - betul dah kena kencing dengan puak - puak yang KONONnya bermain wayang menyatakan kesudian mereka untuk masuk PAS.

Mulanya, kita heran jugak. Kenapa diorang pilih PAS untuk disertai sedangkan diorang boleh pilih PKR dan DAPigs pada bila - bila masa yang diorang suka?

Biasanya, jawapan yang akan mereka berikan ialah sebab diorang nak bersama dengan parti yang memperjuangkan Islam. Maka sebab itu diorang masuk PAS.

Dalam erti kata lainnya, diorang secara tak lansung mengakui bahawa PKR tidak memperjuangkan Islam. Dan sebab itulah diorang menolak untuk menyertai parti tu.

IRONIKnya, disebalik alasan diorang yang KONONnya nak bersama - sama PAS memperjuangkan Islam, tak pernah pulak diorang sokong dasar perjuangan PAS.

Tak de pulak diorang sibuk - sibuk nak berkempen suruh semua orang terima cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud. Diorang jugak yang menentangnya.

Maka, bagaimana mungkin diorang boleh dabik dada kata diorang nak jadi sebahagian dari pejuang - pejuang Islam sedangkan diorang tak memperjuangkan Islam tu sendiri?

Sekarang, baru la tembelang diorang pecah apabila PAS dengan lantang menyatakan sokongan mereka kepada Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Si Mat Taib tu tampil dengan membuat kenyataan bahawa Si Hadi Awang tu terlalu 'GOPOH' dalam membuat pendirian tersebut biar pun disokong oleh Nik Aziz.

Dari satu sudut, kenyataan Si Mat Taib cuba menggambarkan Si Hadi Awang dan Si Nik Aziz tu terlalu 'Bebal' dalam isu berkaitan kedudukan MB Selangor. (Klik Sini)

Kali ini giliran Si Tamrin anak kepada Arwah Ghafar Baba ni pulak tampil membuat kritikan terhadap kepimpinan PAS yang menyokong Si Khalid Ibrahim tu.

Semalam, dia dengan selamba badak je menyatakan tindakan PAS menolak pencalonan isteri kepada Si Ketua Penipu tu sebagai memungkiri janji yang tidak patut dilakukan.

Malah, Si Tamrin tu membayangkan jika tanpa bantuan PKR, PAS pasti tidak akan mempunyai kerusi sebegini banyak, jadi PAS wajar berterima kasih kepada PKR.

Dengan erti kata lainnya, PAS wajar mematuhi segala janji yang telah dimenterai bersama. Walau apa pun keputusan yang PKR buat, PAS perlu setuju tanpa banyak soal.

Kiranya Si Tamrin tu nak PAS terus jadi Pak Angguk Saja kepada PKR dan DAPigs kerana didakwa banyak membantu dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Sedangkan umum pun tahu, REALITInya PKR yang memerlukan PAS untuk menang lebih banyak kerusi di Selangor. Bukan sebaliknya sebab PAS lebih besar pengaruh dari PKR.

Tapi disebabkan orang macam Si Tamrin ni lebih suka ikut telunjuk Si Ketua Penipu yang kuat meliwat orang tu, maka dia pun sanggup buat apa sahaja. Termasuk la memalukan diri dia sendiri secara terang - terangan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Khalid, pecat exco2 dari Pas cepat cepat. biar ada p/raya semual

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping