Pendedahan Si Siputdin ni hanya memalukan PKR!!! |
Heh! Disebalik pendedahan yang dibuat oleh Si Siputdin tu terhadap Khalid Ibrahim, dia secara tak sengajanya telah mendedahkan kemaluan PKR kepada umum.
Dalam pendedahan yang dibuat jelas memaparkan bahawa PKR juga turut melaksanakan amalan kronisme yang sebelum ini sengaja diselindungi dari pengetahuan rakyat.
Jika bukan sebab diorang nak menggugurkan Si Khalid dan mendesak supaya dia lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, tak mungkin isu ini akan dibangkitkan.
Sudah tentu PKR akan mendiamkan isu tersebut dan tidak akan mendedahkannya kepada pihak luar. Sebaliknya, pendedahan dibuat hanya bertujuan nak memburukkan Khalid.
Itu yang nak didedahkan kepada rakyat. Yang tak nak dimaklumkan kepada masyarakat umum tak tau la berapa banyak lagi kes seumpamanya yang sengaja disembunyikan.
Sebelum ini Si Siputdin tu mendedahkan tindakan yang dianggap mencurigakan telah dibuat oleh Si Khalid Ibrahim tu. Ianya melibatkan urusan berjumlah ratusan juta ringgit.
"Pada 25 Mac, 2014 menteri besar menandatangani satu lagi MOU (Perjanjian Persefahaman) yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah geran Selangorku yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Eco World di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.
Persoalannya, jika wujud penyelewengan dalam pendedahan yang dibuat oleh Si Siputdin tu, kenapa dia tak melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan?
Kenapa dia tak buat laporan kepada SPRM supaya kes tersebut disiasat dengan lebih terperinci dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap Khalid?
Jika dengan hanya menggunakan alasan itu untuk mendesak agar Si Khalid Ibrahim tu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar, memang tak masuk akal.
Dari satu sudut, nampak sangat la yang Si Siputdin tu hanya mempertikaikan mengenai kontrak yang diberikan oleh Khalid tidak melibatkan kroni PKR.
Cuba kalau projek yang disebut dalam pendedahan yang dibuat semalam diberikan kepada kroni - kroni PKR, adakah desakan untuk menggugurkan Khalid tu akan berkumandang?
Andaikata projek tu diberikan kepada kaum kerabat Si Ketua Penipu tu dan memberi keuntungan kepada puak - puak kedarak dia, dah tentu - tentu ianya akan didiamkan.
Jadi, tak usah la Si Siputdin tu nak tunjuk yang PKR tu terlalu bagus sangat. Hakikatnya, PKR ni bukan la sebuah parti yang benar - benar berjuang untuk mengatasi kronisme.
Tapi sebaliknya diorang la yang menjadikan amalan kronisme tu sebagai dasar perjuangan mereka!!! Setakat bercakap atas pentas je kata diorang menentang kronisme dan sebagainya. Realitinya, amalan kronisme tu jugak la yang diorang buat!!!
MB baru , bagisaifuduinlah
BalasPadamKes ecoworld tu tak silap libatkan dap jd aa tggu lg kasi report la din jerawat oi. Tengok sapa yg naik minyak.
BalasPadam